Isnin, 14 Oktober 2019

PEMILIHAN WARNA BAJU MENGIKUT HARI

PEMILIHAN WARNA BAJU MENGIKUT HARI


Dunia ini Allah jadikan penuh warna-warni. Setiap warna ini mempunyai lambang dan mempengaruhi emosi berbeza-beza jika kita benar-benar menghayatinya.
Warna pakaian yang kita pilih setiap hari juga mempunyai aura dan maksud  tertentu dan lebih bagus jika disesuaikan warna ini dengan aura mengikut hari. 
Berikut merupakan panduan memilih warna pakaian mengikut fitrah alam & psikologi setiap hari.
.
ISNIN : PUTIH
Putih melambangkan kesucian dan ketenangan. Isnin selalunya merupakan permulaan hari dalam seminggu untuk kerja atau sesi kuliah, jadi sangat penting untuk mulakan dengan mood yang positif dan tenang.
.



SELASA : MERAH JAMBU/UNGU
Dua warna ini melambangkan kasih sayang dan tumpuan dan aura positifnya membuatkan pemakai warna ini merasa gembira, ceria dan selesa. 
.


RABU : BIRU 
Warna biru dikatakan memudah dan melancarkan komunikasi. Warna ini juga mendorong pemikiran yang rasional dalam membuat keputusan yang lebih tepat.
.


KHAMIS : KUNING & OREN
Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang kreatif dan kritis. Warna ini juga mempengaruhi anda untuk bergerak lebih akktif dan pantas melaksanakan tugasan.


.
JUMAAT : HIJAU
Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan. 
.



SABTU : MERAH
Merah melambangkan keberanian, kemewahan dan tuah. Aura merah mendorong keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Hari sabtu paling sesuai untuk bersosial, berjumpa rakan ,menjalankan aktiviti-aktiviti lasak dan mencuba aktiviti baru.
.
AHAD : HITAM
Hitam melambangkan privasi atau keselesaan.  Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat dan meluangkan masa dirumah.
.
SILAKAN SHARE

Coach Nora Zyan
-Guru Penyembuhan Emosi-

#Satriacinta
#CoachNoraZyan
#MisiKasihSayang
#SpreadLove

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...