Rabu, 9 Oktober 2019

Tips makan iron





Tips makan iron (zat besi) supplement secara berkesan. Ramai yang makan iron, tapi Hb (haemoglobin) tak naik. 🤔🤔
.
1. JANGAN ambil iron bersama KALSIUM atau makanan tinggi kalsium seperti SUSU ‼️
.
Pengambilan iron bersama dengan susu akan menyebabkan kadar penyerapan iron sangat rendah. Akhirnya, iron akan dibuang melalui najis kerana tidak diserap dengan sepenuhnya.
.
2. JANGAN ambil iron bersama CAFFEINE ‼️
.
Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium. Oleh itu, elakkan minum teh atau kopi dalam 30 - 45 minit selepas makan iron supplement.
.
3. ELAKKAN makan bersama ubatan yang MENGURANGKAN ASID PERUT ‼️
.
Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama.
.
4. Sebaiknya makan ketika PERUT KOSONG.
.
Waktu pengambilan yang terbaik adalah semasa perut kosong. Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Namun, ada sesetengah orang yang mengalami kekejangan perut, loya dan cirit-birit. Bagi mengelakkan ini berlaku, anda digalakkan untuk makan iron supplement dengan sedikit makanan.
.
5. Makan bersama VITAMIN C
.
Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama supplement vitamin C.
.
Sumber: Farmasi Gpharmax Durian Burung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...