Selasa, 12 November 2019

Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan

RUAM LAMPIN



Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan. Jadi, anda sebagai ibubapa berkemungkinan pada satu masa, membuka lampin bayi anda dan berhadapan dengan punggungnya yang radang merah. Ia boleh berlaku tak kira samada anda menggunakan lampin yang boleh dibasuh atau lampin pakai buang.

Jika bayi anda terkena ruam lampin, anda akan tahu. Kulitnya kelihatan merah dan meradang di tempat di mana lampin menyentuh kulitnya. Ruam itu boleh menjejas kemaluannya, kulit di bahagian luar lipatan-lipatan di pahanya, dan punggung. Kawasan terjejas mungkin menjadi kering atau lembap, dan kadangkala berkilat atau berbintik.

Jika ruam lampin yang biasa tidak dirawat, ianya boleh berkembang menjadi sesuatu yang serius, termasuk:

❌ Infeksi yis, seperti kandida atau seriawan. Infeksi yis adalah lebih biasa bagi bayi yang sedang mengambil antibiotik. Ini adalah sebab antibiotik membunuh bakteria bagus yang selalunya mengawal yis itu. Jangkitan kandida bermula sebagai bintik-bintik kecil merah yang berganda dan bercantum menjadi satu tompok merah yang besar.
❌ Infeksi bakteria. Bayi anda mungkin mengalami demam, dan infeksi itu selalunya menyebabkan timbulnya tompok-tompok kuning yang berair atau bintik-bintik yang bernanah.

Next post saya nak share macam mana ruam lampin ni boleh terjadi. Stay tuned 😉

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...