🌿 TIPS PENJAGAAN KEBERSIHAN PAYUDARA UNTUK IBU MENYUSU 🌿
Menjaga kebersihan payudara ketika menyusu penting bagi setiap ibu bagi mengelakkan terkena jangkitan. Kuman senang masuk ke dalam badan melalui luka pada puting.
Disini admin kongsikan cara yang betul untuk menjaga kebersihan payudara⤵️
1. Jangan Guna Sabun atau Losyen yang Wangi dan Beralkohol
✅ Selepas menyusukan bayi para ibu hendaklah membersihkan payudara dengan menggunakan air suam dan lap dengan tuala lembut. Buang segala sisa-sisa susu kering yang menyekat saluran susu. Sabun dan losyen yang wangi dan beralkohol boleh menyebabkan kekeringan pada puting payudara dan senang luka.
2. Elak Pakaian Ketat
✅ Pakaian ketat membuatkan kulit sukar untuk bernafas. Bra yang terlalu ketat boleh menyekat kelenjar dan menyebabkan ibu menyusu tidak berasa selesa. Lebih baik memakai bra yang diperbuat daripada kapas lembut supaya dapat pengaliran udara yang lebih baik.
3. Kerap Menukar Nursing Pad dan Nursing Bra
✅ Nursing pad perlu ditukar kerap supaya nursing bra tidak terkena susu badan. Nursing pad atau bra yang kotor terkena susu badan perlu ditukar kerana kekotoran itu boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria dan yis. Jika susu ibu selalu je bocor. Ibu-ibu kena menukar bra dengan kerap.
4. Basuh Payudara Selepas Bersenam
✅ Bayi tidak suka rasa puting yang masin dan penuh dengan peluh. Sebaiknya sebelum menyusukan bayi ibu-ibu perlu mandi atau mencuci dengan kain basah yang bersih terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan.
5. Cuci Pam Payudara Selepas Digunakan
✅ Apabila mencuci pam payudara jangan guna span atau berus yang digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk biasa. Jangan lupa untuk mensterilkan pam itu sebelum menggunakannya.
Pam payudara akan menjadi kotor jika ada baki susu di dalamnya dan bakteria yang ada pada pam itu boleh berpindah ke payudara ibu, tanpa disedari.
Semoga perkongsian tips ini bermanfaat untuk ibu menyusu di luar sana! 🍃
SuzyHoney
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan