Mesti ramai kawan-kawan aku yang ada anak di Tahap 1 kan?
So, ini antara step yang kalian boleh follow jika ingin bantu anak kalian ketika di rumah.
Repost
...
TIPS MUDAH MATEMATIK KETIKA DI RUMAH (TAHAP 1)
Kali ni aku nak kongsikan tips sebagai panduan ibu bapa yang ada anak di tahap 1. Iaitu bagi kelas darjah 1, darjah 2 dan darjah 3.
Untuk semakan silibus terkini, Tahun 1 sahaja ada 9 tajuk kesemuanya. Tahun 2, 8 tajuk. Manakala tahun 3 ada 9 tajuk. Tajuk-tajuk besar ini datangnya dengan kemahiran yang pelbagai.
Banyak tak?
Banyak. Hal ini menimbulkan masalah kepada guru-guru di sekolah. Terpaksa memilih antara dua situasi yang ada.
1. Habiskan silibus, tapi murid tak kuasai.
2. Murid kuasai, tapi silibus tak habis.
Jadi, perkongsian ini khas buat ibu bapa yang pentingkan pendidikan anak-anak dan seterusnya bercadang untuk praktikkan bantu mereka ketika di rumah. InsyaAllah, anak kalian akan lebih cemerlang dalam subjek Matematik.
Ok, ini panduannya.
1) Pastikan anak dapat mengenal dan menyebut nombor dengan baik.
Tahun 1 (0 - 100)
Tahun 2 (0 - 1000)
Tahun 3 (0 - 10 000)
Tersangatlah mengganggu jika anak kalian sudah di Tahun 4 tetapi tidak dapat mengenal nombor dengan baik.
Jadikan contoh di bawah sebagai aktiviti harian.
"Ok adik, bacakan nombor giliran yang terpapar di skrin tu."
"Angah, sebutkan harga baju ni."
"Alang, berapa isipadu air botol besar tu?"
Mudah bukan? Tapi ianya berkesan!
2) Operasi asas.
Bagi subjek Matematik, ada 4 operasi asas kesemuanya. Pentingnya operasi asas ini boleh diumpamakan seperti pentingnya oksigen kepada manusia.
Bayangkan jika bekalan oksigen kepada manusia tergganggu. Mungkin semput dan boleh menyebabkan kematian. Begitulah juga fungsi operasi asas ini.
Tanpa pengguasaan operasi asas yang baik, pembelajaran Matematik anak kalian akan tergganggu. Seterusnya ia akan menghilangkan minat mereka pada subjek Matematik.
Kenapa?
Murid yang seronok belajar subjek Matematik adalah murid yang dapat menyelesaikan soalan dengan baik.
Berjaya menyelesaikan soalan Matematik merupakan satu kejayaan dan juga satu kepuasan.
Begitu.
3) Kuasai sifir.
Bermula Tahun 1 lagi murid telah diperkenalkan dengan sifir. Cumanya ia dikenali sebagai gandaan mudah 2, 5 dan 10.
Masuk sahaja tahun 2, murid wajib untuk menghafal sifir 0 hingga 10. Wajib!
Pentingnya sifir ini kerana ia digunakan bagi operasi darab dan juga bahagi.
Tak hafal sifir pasti akan mengganggu dan melambatkan proses pendaraban dan juga pembahagian.
4) Abaikan topik dan kemahiran kecil.
Poin ini khas buat ibu bapa yang masanya terhad untuk menyemak dan bantu kerja anak ketika di rumah.
Abaikan sahaja kemahiran kecil seperti perbandingan, cerakinan dan bundar.
Mereka telah pelajari kemahiran ini ketika di sekolah. Kemahiran ini juga akan diulang-ulang hingga ke Tahun 6.
Lebih baik kalian gunakan masa yang ada untuk bantu anak-anak kuasai kemahiran dan topik yang lebih penting seperti operasi asas dan sifir.
Jika kalian punyai masa yang banyak, teruskan sahaja. Lagi bagus.
5) 3M (Membaca, Memahami, Menghayati)
Ketika di rumah, pastikan kalian membantu anak-anak untuk menguasai 3M ini.
Membaca diperlukan untuk membaca soalan melibatkan penyelesaian masalah. Kemudian, perlu faham akan kehendak soalan. Seterusnya menghayati situasi pada soalan tersebut.
Yang terakhir ini adalah yang paling dan sangat penting.
6) Lengkapkan alat tulis.
Pastikan alat tulis anak kalian lengkap sebelum hadir ke sekolah.
Pensil, pembaris, pengasah, buku tulis, buku teks dan buku aktiviti.
Jika salah satu antara alatan ini tiada, ia bukan sahaja akan mengganggu pembelajaran anak-anak, malah ia akan mengganggu mood cikgu yang mengajar.
Sebab itu lah banyak kes cikgu awal pagi ke sekolah sebagai manusia, balik ke rumah sebagai singa.
Kahkah.
Memang terganggu emosi guru bilamana murid tak bawa buku dan tak siap kerja rumah.
Pastikan sebelum tidur, semak alatan dan buku tulis anak-anak kalian. Pastikan semuanya cukup.
Jadi, ini adalah sedikit sebanyak tips yang kalian boleh follow. Khas untuk ibu bapa yang ada anak di tahap 1.
Moga, sedikit sebanyak perkongsian ini membantu.
Oh ya, jangan lupa untuk share tips ini dengan rakan-rakan kalian.
Moga lebih ramai yang akan perolehi manfaatnya.
Mohamad Hakim
Guru Matematik Tahap 1 & 2
#tipsTahap1
#Matematik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...
-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita 💕 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT🌺 1) *سُبْØَانَ اللهِ ÙˆَالْØَÙ…ْدُ للهِ Ùˆَلاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ Ùˆَاللهُ Ø£َÙƒْبَرُ*💞 Subhanallah wa...
-
GBS ni apa? Bukan Geng Bas Sekolah ye Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan