Sabtu, 4 Januari 2020

Wanita selepas bersalin disarankan berpantang ais selama setahun.

Tips kecantikan dan kesihatan wanita๐Ÿ‘ฉ



Wanita tidak kira yang sudah berkahwin atau belum, perlu mengelakkan minuman sejuk atau berais jika mahu menjaga kecantikan kulit wajah, dalaman dan luaran. walau bagaimana haus sekali pun, minuman sejuk perlu dijauhkan sebaliknya perlu mengambil air suam meskipun pada waktu tengah hari..
[Jika dah teringin sangat tu sebab dah lama sampai bertahun-tahun tak merasa tu mungkin boleh, tapi rasa sedikit sahaja setakat merasa seteguk sahaja, jangan banyak tau.]

Wanita selepas bersalin disarankan berpantang ais selama setahun.

Keburukan jika kita mengamalkan minuman berais:
● Badan mudah menjadi kembang
● Tulang juga mudah berasa sakit dan bisa
● Menyejukkan peranakan menyebabkan rahim kembang faraj menjadi berair serta becak
● perut menjadi buncit

P/s:
Jika minum air, pastikan anda duduk dan jangan sesekali minum berdiri kerana air itu akan terus mengalir ke bahagian peranakan dan menyejukkannya.

Memang wanita banyak pantang larang terutama dalam aspek pemakanan dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya boleh dirasai selepas melepasi usia 40 tahun.

[Kalau taknak ada pantang larang boleh je, makan minum lah sesuka hati anda, kalau badan sakit lemah dan nampak lebih tua dari usia jangan nak menyesal ๐Ÿ˜œ๐Ÿ™ˆ]

Justeru, paling elok untuk diamalkan ialah air suam atau air kosong saja selain banyakkan makan sayuran.

Sebab itu apabila memakan jamu disarankan PANTANG makanan dan minuman sejuk-sejuk ini.

Jamu membantu memanaskan urat-urat serta mengecutkan mana yang kembang. Apabila peranakan mengecut barulah seri muka lebih terserlah jika kembang muka kita kelihatan kurang seri pucat tidak bermaya

Moga bermanfaat. ๐Ÿ˜Š

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ ๐Ÿ‘ถ Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan ๐Ÿ‘ถ Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...