"BACA YA.... SUPAYA APA YG KITA TINGGALKAN NANTI TIDAK MENDATANG MASALAH PADA KELUARGA KITA"
Panas isu perebutan hak sampai terkeluar perkataan yang tak elok dan memalukan keluarga.
Bila berlakunya kematian, harus di ingat, 3 perkara yang perlu disegerakan ialah :
1. Pengurusan jenazah
2. Penyelesaian hutang si mati (kepada Allah dan manusia)
3. Pengurusan harta pusaka
Sekiranya si mati tidak meninggalkan wasiat, maka seseorang di kalangan waris bolehlah di lantik sebagai pentadbir harta pusaka.
Kita ambil contoh, seorang suami yang menemui ajal, meninggalkan anak lelaki dan isteri, serta ibunya, maka dalam kes ini siapakah yang berhak ke atas harta pusaka si mati?
Jawapannya HANYA ibu, isteri dan anak lelaki nya.
Masyarakat kita kadang-kadang terlalu terikut-ikut dengan adat, contohnya mengatakan jangan sembang pasal harta sekarang, kubur masih basah dan merah lagi sehingga membelakangkan hukum Allah dan ada juga kes lebih sudu dari kuah yang mana ahli keluarga bukan waris masuk campur dalam urusan pembahagian harta si mati.
Sebenarnya sebab mengapa pembahagian pusaka perlu disegerakan adalah kerana kita takut waris termakan harta anak yatim, menguasai harta dengan cara yang batil, hutang si mati tidak diperjelaskan, wasiat tidak disempurnakan dengan segera, bilangan waris yang berhak bertambah akibat kematian berlapis, harta tidak terurus dan sebagainya.
Ingat, Allah sangat murka kepada hamba-hambaNya yang berlaku zalim kepada anak yatim sebagaimana firmanNya:
โSesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api dalam perutnya dan mereka akan masuk kedalam api yang menyala-nyala (neraka)โ - An-Nisa' : 10
P/S : Posting ni tiada kena mengena dengan sesiapa, sekadar perkongsian. Kalau ada pakar dalam bidang harta pusaka nak komen, perbetulkan and tambah apa-apa yang kurang, sangatlah di alu-alukan.๐
๐๐๐
Do good.Spread positivity.
#DARI TUAN Hazwan Hussain
AGEN INSURAN.
Khamis, 20 Februari 2020
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.
Sapu je lega
#MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk โคตโคตโคตโคตโคตโคต ๐ถ Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan ๐ถ Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...

-
*TEKNIK DOA YANG BETUL* Mungkin ramai yang dah tau tapi yaa nak share untuk ingatkan balik sesama kita ๐ 1. Kalau sebelum ni kita sel...
-
Assalamualaikum.. ZIKIR MUNAJAT๐บ 1) *ุณูุจูุญูุงูู ุงูููู ููุงููุญูู ูุฏู ูููู ูููุงู ุฅููููู ุฅููุงูู ุงูููู ููุงูููู ุฃูููุจูุฑู*๐ Subhanallah wa...
-
KELEBIHAN MINYAK ASMAK KEPADA IBU HAMIL & BAYI YANG RAMAI TAK TAHU! Alhamdulillah, produk2 Asmak ni memudah, membantu & membua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan