Nanti next year panjang umor kita baca balik catatan sepanjang tempoh PKP
2020 dalam ingatan..
Sejarah dalam lipatan sepanjang perjalanan hidup diatas muka bumi Allah taala..
-14 APRIL 2020 / Selasa
Bermula
18 Mac - 14 April 2020
Perintah Kawalan Pergerakan ...
Hari ni 13 April 2020 Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) fasa ke-3 bersambung hingga 28 April 2020.
⛽harga minyak jatuh sehingga RM1.25 seliter
🏢Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📱🖥️Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
🕴️🕴️Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan.
♦️Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
🍽️Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
🚶🚶🚶Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
🏤Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
🤸🏋️Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
💃Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
👰🤵Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
🕌⛩️Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
👩👩👧👦👨👨👦Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
🎡⛲Taman permainan kanak - kanak ditutup.
👩🔬👩⚕️Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
🛌Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
🧤Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
🥦🛒Rak - rak di kedai menjadi kosong.
🏭Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
⛔Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
✈️Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📝Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
🚗🚦Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
🧤Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
👩⚕️Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📈📉" Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita akan sembuh bersama"
💰💵Bantuan Prihatin Nasional masuk dlm acc msg2 bermula 6 April 2020.. Dari kerajaan yang baru seminggu terbentuk lalu terpaksa menghadapi ancaman wabak ini... Alhamdulillah tq PM
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020
Kenapa saya tulis status ini?
Kerana , satu hari nanti ,status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️
18mac-30mac 2020 (pkp fasa1)
1april -14april 2020 (pkp fasa2)
15april-28april 2020 (pkp fasa3)
#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan