Madu ataupun madu lebah, kita sudah sedia maklum akan khasiatnya. Banyak hadis Rasulullah yang mengkhabarkan tentang khasiat madu.
Antara hadis mengenai khasiat madu ialah:
Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Madu adalah penyembuh segala penyakit, sedang Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit di dalam dada.
Maka dari itu, hendaklah kalian berubat dengan dua penyembuh, iaitu Al-Quran dan Madu”.
H/R Ibnu Majah dan Hakim
Madu memiliki keistimewaan dibandingkan zat pemanis lain dan boleh terus memakannya tanpa perlu proses pengolahan terlebih dahulu. Ini kerana kandungan gula sederhana yang terdapat di dalamnya, iaitu glukosa dan fruktosa dengan kadar yang cukup tinggi. Ia berbeza dengan gula tebu yang harus diolah terlebih dahulu sebelum digunakan.
Jumlah kalori yang dihasilkan bagi setiap 100g madu dalah 294 kalori dan ini lebih rendah berbanding gula yang kalorinya 364 bagi setiap 100g. Baca artikel ini untuk mengetahui kelebihan pengambilan madu semasa berpuasa.
1. Mengekalkan tenaga
Tenaga adalah perkara yang diperlukan tubuh supaya tidak lemah, letih dan lesu sepanjang berpuasa. Pengambilan tenaga boleh dipenuhi dengan makan madu ketika bersahur, yang mana dipercayai memenuhi keperluan tenaga sehingga waktu berbuka puasa. Madu juga boleh memenuhi keperluan cecair tubuh dan membantu badan daripada masalah dehidrasi semasa puasa.
2. Mengawal berat badan
Gunakan madu yang dicairkan dengan air suam, untuk membakar lemak yang masuk ke dalam badan kita. Dengan cara itu, lemak akan lebih mudah dibakar dan menjadi tenaga yang diperlukan oleh tubuh semasa berpuasa.
3. Mengimbangi metabolisma
Metabolisma tubuh akan berjalan lancar dan baik sekiranya mengambil madu yang dicampurkan dengan air. Jadi, cuba minum madu yang dicairkan dengan air suam ketika sahur. Ia boleh membantu tubuh mencerna nutrien yang terdapat dalam makanan yang diambil ketika sahur dan berbuka.
4. Mengatasi sembelit
Pergerakan usus akan menjadi lebih baik dengan pengambilan madu. Jika pergerakan usus kecil dan usus besar berfungsi dengan baik, maka masalah sembelit dapat dielakkan daripada berlaku sepanjang berpuasa Ramadan.
Sebagai pengganti gula, madu sangat mujarab untuk meningkatkan stamina. Menambahkan madu dalam pola makan seharian sebagai ganti gula dan pembekal tenaga yang dapat diserap oleh tubuh.
Madu mengandung gula sederhana, protein, dan sedikit gula kompleks. Madu bersifat antibiotik, antiseptik, dan antifungal yang menghambat atau menghentikan pertumbuhan berbagai bakteri patogen, mikroorganisme, juga fungus.
Wahh...hebat kan madu ni. Patutla menjadi amalan harian Rasullullah.
Sekarang ni tak susah untuk dapatkan madu di pasaran. Tapi pastikan yang asli ya.😅
Tiada ulasan:
Catat Ulasan