Sabtu, 13 Februari 2021

KHASIAT EPAL HIJAU



KHASIAT EPAL HIJAU 🍏

Anda ingat epal merah sahaja yang ada khasiat? Epal hijau pun tak terkecuali tau.

Pepatah Jawa ada mengatakan, "An apple a day, keeps the doctor away". Maknanya, kalau selalu duk amal epal hari-hari, dah tak perlu jumpa doktor dah sebab makan epal pun boleh sihat selalu. Haa gitu lah lebih kurang. 😁

Epal merah diketahui dapat membantu penghadaman yang baik. Walaubagaimanapun, sepupunya, iaitu epal hijau juga mempunyai banyak khasiatnya.

Antara khasiat epal hijau:

1. Kaya dengan Vitamin A, C dan K. Juga kaya dengan zat besi, potassium, calcium, dan anti-oksidan.

2. Menambah baik tahap kesihatan paru-paru. Kajian juga mengatakan epal hijau dapat baik pulih masalah asma.

3. Menghalang pembekuan darah. Disebabkan itu, kajian telah mendapati ianya dapat membantu melawan penyakit jantung dan strok.

4. Meningkatkan metabolisma badan.

5. Menjaga kesihatan kulit & anti penuaan. Seperti dinyatakan di No.1 di atas, epal hijau kaya dengan vitamin yang diperlukan kulit untuk nampak lebih cantik dan sihat.

6. Menjaga penglihatan mata.

7. Baik untuk pesakit diabetes. Epal hijau mengandungi rendah gula dan tinggi serat.

Haa..banyak kan khasiat? Itu baru sebahagian. :)

#GambarSumberGoogle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...