Subhanallah. Ini rupanya sejarah Kurma Ajwa yang ramai orang tak tahu. 👇
.
Kurma Ajwa mendapat nama berdasarkan asbabul wurud ( sebab turun hadis) yang menyatakan bahawa suatu ketika dahulu, Salman Al-Farisi seorang nasrani yang baru memeluk islam telah mewakafkan kebun kurmanya utk pejuang-pejuang islam. Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Ajwa dan bagi mengenang jasa-jasanya itu, Rasulullah menamakan kurma yang dimakan ketika berbuka puasa itu dengan nama Ajwa.
Ada juga sumber yg mengatakan bahawa kurma Ajwa yang pertama merupakan kurma yang ditanama sendiri oleh nabi di tanah Madinah, berhampiran Masjiq Quba.
Diceritakan juga bahawa pada suatu hari Rasulullah sedang berpuasa dan apabila tiba waktu berbuka puasa, satu makanan pun tidak ada untuk baginda makan.
Malaikat Jibril yang melihat keadaan itu merasa sedih lalu memohon kepada Allah supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk Rasulullah berbuka puasa.
Lalu Allah memberikan buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah berbuka.
Setelah selesai iftar (berbuka), biji buah kurma tersebut ditanam oleh Rasulullah. Bermula dari itulah pokok kurma Ajwa ini seterusnya membesar di kawsan madinah.
Mudah-mudahan kita semua dapat merasakan segala manfaat dan kebaikan daripada kurma Ajwa ini dengan mengambilnya secara teratur. InsyaAllah boleh terhindar dari pelbagai penyakit seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah.
Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.”
[HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
Fadilat ini khusus buat kurma Ajwah Madinah sahaja.
.
Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pendapat ulama mengenai hal ini. Antaranya daripada al-Khattabi yang menyatakan bahawa :
كَوْنُ الْعَجْوَةِ تَنْفَعُ مِنَ السُّمِّ وَالسِّحْرِ إِنَّمَا هُوَ بِبَرَكَةِ دَعْوَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِتَمْرِ الْمَدِينَة لَا لخاصية فِي التَّمْر
Maksudnya : “Kurma Ajwa bermanfaat bagi mengubati racun dan sihir disebabkan oleh keberkatan doa Nabi SAW kepada kurma Madinah, dan bukan kerana khasiat kurma itu sendiri.”
Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis di dalam bab kelebihan tamar Madinah menyatakan bahawa hadis-hadis ini menunjukkan kelebihan tamar Madinah dan Kurma Ajwa. Juga kelebihan memakan tujuh biji kurma pada waktu pagi. Dan kelebihan ini hanya buat kurma Ajwa Madinah sahaja,bukan pada kurma-kurma yang lain.
.
Bantu sebarkan supaya lebih ramai orang dapat manfaat Kurma Ajwa ori dari Madinah kerana khasiatnya yang sangat banyak.
.
#KurmaAjwaMadinah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan