Kadang kesian kat isteri kuat sangat berfikir.
Ada sahaja dia fikirkan.
Kadang tengah makan dia berlari tengok mesin basuh lupa nak masuk dryer.
Kadang tengah borak hal lain dia boleh teringat pasal urusan sekolah anak.
Kadang tengah baring nak tidur dia boleh melompat bangun lipat baju pula.
Aduh, kesian betul jadi wanita ni. Otak tak pernah rehat.
Sebab tu la kita kalau nampak isteri tengah,
- tidur
- mandi
- borak
- layan drama
- scrol shopee
Jangan di kacau sebab masa tu diorang tengah buat “Mind Relaxation”
Dia tak ingat pasal kerja.
Dia tak ingat pasal anak.
Dia tak ingat laki kat sebelah.
Kadang dia tersengih, tergelak dan termenung sorang sorang tu tanda otak dia tengah relax relax la tu. Usah di kacau!
Sikit dehem dari kita pun dah boleh “trigger” otak dia tukar dari mode relax kepada mode bekerja.
Kita ni lelaki otak tak sama macam wanita. Kita anak gelinjang depan mata pun kita boleh terlelap lagi tapi isteri selagi anak tak lelap selagi tu dia duk terbeliak otaknya.
Wallahu A’lam,
Kasihan tapi apa boleh fitrah lelaki & wanita jauh berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan