BILIK TIDUR SUAMI ISTERI
Tahu tak? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privasi, sesiapa pun tak boleh masuk.
.
Dalam Islam, ada masa kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik ibu bapa atau bilik yang ada pasangan suami isteri :-
1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak
.
Anak-anak dilarang masuk ke dalam bilik IBU BAPA.
.
Ibu bapa dilarang masuk ke dalam bilik ANAK-ANAK yang dah berkahwin.
.
Saudara dilarang masuk ke dalam bilik saudara lain yang dah berkahwin.
.
Apatah lagi tetamu, dilarang masuk ke dalam bilik utama tuan rumah kecuali dengan izin.
.
Dalam bilik tidur ada privasi yg tak boleh orang tengok, hatta 'katil' itu sendiri privasi utama pasangan suami isteri.
.
Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut.
.
Kalau ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.
.
Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesannya pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak.
.
Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan dibalas dengan hormat.
.
Buang perkataan 'sporting' untuk perkara yg memang bukan untuk 'sporting'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan