Kau ingat kau boleh kaya dengan meminta-minta?
Kau ingat kau boleh senang dengan menerima?
Kau ingat kau boleh miskin bila kau menderma?
.
Silap besar!
.
Allah tak janjikan dengan menyimpan kau akan kaya. Dan lagi Allah tegaskan, apa-apa yang kau simpan untuk diri kau sendiri tanpa fikirkan orang lain, kau akan diazab.
.
Allah janji apa? Bila kau sedekah, Allah gandakan ganjaran. Ganjarannya besar. sehingga 700 kali ganda. Tak faham macam mana? Macam ni
.
SEDEKAH
RM1 dibalas 10 = RM10
RM1 dibalas 700 = RM700.
.
Ganjarannya ni dalam pelbagai bentuk, material, perlindungan dari bala. Naungan arasy Allah. Kau tak bape clear pasal benda tak nampak. Kalau tulis dalam bentuk ganjaran Duit, senang hadam kan?
.
Dalam Islam, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Tapi realiti hari ni, dah tambah satu lagi, "tangan meminta". Dah tu, memintanya bukan pada Allah.
Parah gitu!
Jangan tunggu kaya baru nak sedekah,
Sedekahlah kalau kau nak kaya.
.
Kredit Faoziyah Ahmad Faru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan