TIPS PENTING FB LIVE
Semua orang akan guna Facebook Live (FB Live) disebabkan trend yang semakin meningkat. Macam mana diorang guna FB Live untuk berkongsi cerita pasal bisnes dan kemudiannya secara halus membuat pemasaran pasal produk mereka?
Tapi, walaupun u ols tengok macam senang je buat Fb Live tu - ambil fon, online dan record video, tapi benda ni tak la semudah yang disangka. U ols kena ada strategi supaya apa yang dikongsi semasa FB Live tu membuahkan hasil yang positif kepada bisnes. Macam mana caranya?Jom tengok!
#1 ANNOUNCE
Konsep ni mudah ja - umumkan bila, di mana, dan apa topik yang nak dibincangkan dalam FB Live tu. Nanti audiens baca dan take note maklumat tu. Lepas tu, kena la bersedia ikut waktu yang ditetapkan.
#2 ASK
Semasa rakaman FB Live ni, u ols kena pandai berinteraksi dengan audiens tau. Boleh ja minta diorang like atau komen masa u ols tengah FB Live tu. Dan satu lagi yang orang selalu lupa buat adalah untuk sentiasa sebut semula (repeat) apa yang telah dan akan dibincangkan supaya orang yang baru tengok tu tak rasa “lost”. Satu lagi, sentiasa tegur audiens semasa anda sedang bercakap. Tanya la diorang faham ke tak, ataupun ulang balik mana-mana part yang perlu supaya audiens akan rasa kita tu betul-betul tengah coomunicate dengan diorang.
#3 TIME
Banyak video yang dikongsi ambil masa yang terlalu lama. Ada yang buat sampai berjam-jam! Pada mereka, lebih lama lebih baik sebab ramai audiens yang dapat join sekali. Sebenarnya, durasi yang efektif adalah 30 minit ja weh. Jadi, bahagikan masa kepada pendahuluan, beberapa isi penting dan penutup. Rancang perjalanan video tu supaya tak meleret. Nanti takut audiens lari bila diorang rasa macam buang masa.
#4 PLAN
Rangkakan isi video. Ingat! KITA KENA ADA STRATEGI. Jadi sepatutnya sebelum anda guna FB Live, sila bersedia dengan isi-isi penting yang anda nak kongsi dengan audiens. Barulah video tu berkesan kepada audiens. Kan dah cakap, kalau kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Mudah ja nak sediakan content untuk FB Live ni, carilah topik yang anda familiar dan tahu. Cari juga topik atau isu berkaitan. So content takkan jadi bosan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan