Sabtu, 6 April 2019

Tips berniaga online

Nah! 13 Panduan Asas Percuma untuk orang yang baru mahu mula berbisnes.

1. Jangan gelojoh dengan begitu banyak peluang yang menyapa kita setiap hari. Usahakan satu persatu sampai menjadi. Beri masa minimum 3 bulan untuk cuba dan jaya.

2. Daftarkan perniagaan kita dengan SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ). Jika tak salah, fee yang dikenakan ialah RM60 setahun. Ada diskaun untuk pelajar IPT.

3. Buka akaun semasa di bank untuk perniagaan itu. Dapatkan kawan-kawan yang sudah ada akaun aktif di bank tersebut untuk menjadi ‘introducer’ kita. Deposit buka akaun berbeza mengikut bank.

4. Rancang dan bentukkan model bisnes kita. Apakah kita mahu berniaga secara dropship, wholesale atau retail. Rujuk informasi mengenai ‘Business Model Canvas’. Ramai sifu mengajar fasal ini.

5. Kenalpasti produk atau perkhidmatan kita. Buat kira-kira kos jualan termasuklah kos belian stok, utiliti, perjalanan dan sebagainya yang melibatkan jualan kita. Pengurusan kos di awal usaha sangat penting.

6. Jual pada harga pasaran dengan tawaran-tawaran yang luarbiasa. Belajar untuk ‘add value’ kepada produk dan perkhidmatan kita itu. Buat sedikit kajian pasaran. Lakukan validasi produk itu.

7. Di Malaysia, budaya membeli pelanggan lebih terdorong terhadap ‘social proof’. Mereka hanya akan membeli dengan apa yang mereka percaya. Kepercayaan itu datang daripada apa yang mereka nampak, dengar dan faham.

8. Belajar untuk membangunkan jenama. Pembentukan jenama diri dan jenama bisnes amatlah penting. Biar orang tahu kewujudan bisnes kita. Tak usah malu memberitahu orang apakah usaha bisnes kita.

9. Fasa satu tahun pertama adalah tempoh getir untuk belajar dan buktikan hasilnya kepada diri sendiri, bukan untuk orang lain. Tahun kedua adalah tahun untuk lebih serius bertahan.

10. Tak usah berasa terancam dengan persaingan. Tak usah berlawan-lawan untuk merebut pelanggan. Persaing terbesar pemula bisnes ialah untuk memenangi diri sendiri dahulu.

11. Belajar ikat perut pada dua hingga tiga tahun pertama. Sambil ikat perut sambil ‘butakan mata’ dan ‘pekakkan telinga’. Tempoh dua tahun pertama adalah hayat percubaan yang sangat kuat. Seni ini namanya ‘bootstraping’.

12. Cepat-cepat belajar daripada kesilapan. Semua orang melakukan kesilapan. Silap bukan gagal. Silap adalah guru kejayaan paling jujur untuk memandaikan kita. Kesilapan itu sifu yang paling jujur memandaikan kita.

13. Tak usah terlalu ‘khayal’ dengan teori bisnes. Terlalu banyak teori dalam bisnes hanya akan menjadikan kita pandai bercakap dan merasa hebat. Bisnes adalah tindakan. Bisnes ialah apa yang kita usahakan. Kita hanya mahu untung dan ‘outcome’ yang baik.

14. Berikan masa untuk berjuang kepada diri sendiri. Belajar untuk menakluki busut-busut kecil di depan mata. Lambat laut si gunung tinggi kita akan daki jua. Bersabarlah. Kejayaan memerlukan masa.

15. Raikan setiap kejayaan-kejayaan kecil setiap hari. Rekod dan tuliskan rekod-rekod kejayaan baru. Bangun pagi dengan senyuman dan lupakan kejayaan semalam. Masalah itu cuma penyeri hidup.

16. Tak usah berperang dan tak usah melayan ajakan bertumbuk. Tak usah salahkan sesiapa apabila kita rugi atau berasa kalah. Salahkan diri sendiri. Itulah cukai kebodohan dan kecuaian kita.

Saya mendoakan kalian semua yang sedang berada di fasa ‘startup’ ini berjaya. Bisnes adalah kehidupan dan ia adalah sebuah perjalanan yang tiada penghujung.

Jadilah orang yang selalu tenang dan menang untuk diri sendiri. Jadilah diri sendiri. Hebatkan diri sendiri.

- Nota ini adalah ulang siar. Saya menulis nota ini ketika berada di negara Jepun pada tahun 2017 yang lalu. Semoga bermanfaat.

Salam Sukses.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan
.
.
MENTAL BLOCK manusia yg menjadi halangan utk berjaya!

❌EGO

Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu diluar kotak akal.

❌SKEPTIKAL

Selalu berfikiran negetif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "aku ni boleh ke berjaya" "boleh ke aku buat bisnes" "kalau orang kata aku macam mana".

❌TAKUT

Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.

❌TAK YAKIN

Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa.

❌TAK LAYAK

Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.

❌SUKA BERTANGGUH

Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.

❌BAGI ALASAN  .

Bila ditanya kau nak berjaya tak?. Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia. "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.

❌TUNGGU DULU

 Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni.

❌IKUT KAWAN NEGATIF

Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif. Contohnya "eh jom keluar malam ni lepak dataran tengok race Ko bukan buat ape kat umah. Bini ko tidur kita keluar la." Lama kelamaan jadi habit dalam diri.

❌TAK BERSUNGGUH

Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba rempuhi. Last sekali putus asa.

APA YANG KITA FIKIR
APA YANG KITA RASA
APA YANG KITA CAKAP
APA YANG KITA BUAT

SEMUA ADALAH DOA

ANDA ADALAH SIAPA YG ANDA FIKIRKAN...

Jumaat, 5 April 2019

Best tau bedak compact ni,ada SPF 30.

SPF ni bahasa mudahnya,bahan yang bantu melindungi kulit muka dari terik sinaran matahari.

Budak sekolah dulu panggil krim sunblock gitu.Biasa pakai sebelum main bola jaring 😅

Kenapa 30 pulak tu?

30 bermaksud bahan tersebut mampu melindungi kulit muka selama 300 minit. (bersamaan 5 jam).

Best kan.Tak perlu dah tepek krim sunblok pastu sapu muka dengan bedak lagi.Renyah betol.

Pakai bedak compact kaisa ni saja.Oles oles siap.Terpaksa cantik berseri lepas guna ni.





Khamis, 4 April 2019

Jangan Sampai Terpaksa Buang Stok Ubat Rumah Bila Dah Jumpa Herba Ni

Bila Resdung, Migrain Dan Selsema Pada Waktu Pagi Dah Tak Ada Lagi

Masih ingat lagi sewaktu dulu, pagi-pagi bila dah selesai mandi, mesti bersin berkali-kali. Dah macam habit pulak kena bersin berkali-kali dulu baru boleh mulakan hari yang baru.

Sebab tu kena ada stok ubat, setiap bulan.

Tapi sekarang semua itu dah tak ada lagi, lega sangat-sangat, bila jumpa Asmak Herbs ni.

Jumpa Asmak Herbs ni, mula terfikir, nanti kalau tak mujarab, kena re-stock ubat pula, rugi lah.

Tak apa, kita cuba dulu, apa nak jadi, jadilah!

Lepas try 3 hari, dah tak resdung lagi pagi-pagi.

Pagi-pagi boleh hidup udara segar, tanpa sekatan. Tanpa halangan

Nasib baik lah belum re-stock ubat untuk bulan ni.

Cayalah Asmak Herbs!
Terima Kasih MHAMsb!

Dapatkan segera,
Penyelesai masalah resdung anda hari ini.



#WeAreFamily

#JutawanAkhirat

#Mensejahterakankehidupan
GATAL SEBAB RESDUNG😂
PUN BOLEHHHHHH!!!

Dalam telinga ni rasa mcm ada cacing dok godek2 punyala gatal,rasa mcm nak gerudi je🤣
Geram punya pasal,amikla cotton bud sapu minyak Asmak nehhhhhh fuhhhh dia punya rasa lega tuuuuu korang sendiri la kena cuba❗❗
Kita gtau jewww xsia2 beli minyak ni sebotol buat standby.. perghhh terlajak bagussss☑️☑️☑️☑️

Nak order? Klik👇👇👇
📱 www.wasap.my/60176730318/
MHA
Selain minum air kosong yang banyak, juga digalakkan untuk memakan buah timun bagi mengekalkan hidrasi diri kita.

*Ralat di bahagian Cucurbitan, ia masih lagi diperingkat percubaan klinikal (clinical trial).

Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rabu, 3 April 2019

JANGAN LUPA LIKE DAN SHARE.

Tembikai amat kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain sangat bernilai tinggi dalam perubatan.

7 Khasiat Buah Tembikai Yang Menyembuhkan Pelbagai Penyakit

1. Melawaskan buang air kecil
Jika mengalami masalah buang air kecil yang tidak lancar, b
oleh mencuba terapi buah tembikai yang memiliki kandungan air yang tinggi, sehingga boleh meningkatkan pengeluaran urin dalam badan. Tembikai juga boleh membantu membuang racun di dalam hati sehingga melancarkan sistem dalam ginjal manusia.

2. Menurunkan tekanan darah
Orang yang memiliki penyakit hipertensi atau tekanan drah tinggi disarankan untuk makan buah tembikai. Ia mempunyai kesan yang sangat baik pada pembuluh darah dan mengatasi tekanan yang terlalu berat pada pembuluh darah di jantung.

3. Mengelak dari kanser
Tembikai memiliki kandungan vitamin C dan Lycopene, kedua zat ini sangat penting untuk melindungi tubuh badan dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Walaupun tidak dimaksudkan sebagai ubat kepada penyakit kanser tetapi mengamalkan nya insyallah dapat mencegah dari penyakit itu.

4. Mengatasi sembelit
Tembikai adalah buah yang memiliki kandungan serat dan air dalam jumlah yang tinggi. Jika mempunyai masalah sukar buang air besar insyallah serat yang terkandung dalam buah tembikai ini boleh diatasi. Terutama jika kekurangan serat larut dalam usus.

5. Mencegah dehidrasi
Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh badan menjadi lemah, selain itu juga kekurangan air boleh menyebabkan ginjalberkerja dengan lebih kuat sehingga menyebabkan ganguan pada ginjal.
Oleh sebab itu memakan tembikai dapat mencegah dehidrasi tubuh kerana lkandungan airnya yang bayak.

6. Mengatasi kekejangan otot
Pernahkah anda mengalami kekejangan otot? Cubalah makan tembikai untuk meredakannya!. Asid asimo citrulina yang terkandung dalam tembikai memiliki kesan yang baik bagi meredakan kekejangan otot. Ia boleh membuat tubuh badan menjadi lebih santai sehingga otot diredakan.

7. Mengurangi risiko hipertensi dan strok
Pada buah tembikai terdapat unsur yang mencegah pengerasan dinding pembuluh arteri mahupun vena yang dapat menyebabkan hipotensi. Tentu saja manfaat ini dapat dirasakan jika diamalkan pemakanannya secara rutin. Kalium yang terkandung dalam buah tembikai juga menyihatkan jantung.

Buat yang kurang tidak suka buah tembikai mungkin perlu belajar menyukainya kerana khasiat nya.

#suriAsmak

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...