Sabtu, 27 Februari 2021

Okay sempena saya menjual Kurma Mariami ada juga orang tanya apa beza dan kelebihan kurma Mariami dari kurma-kurma yang lain.


Khasiat kurma Mariami adalah seperti berikut:

1. Kurma Mariami berasal dari Iran.
2. Kenapa nama Kurma Mariami. Sebab semasa Maryam melahirkan Nabi Isa as, beliau telah memakan kurma ini, sebab itu kurma ni diberi nama Mariami.
3. Maksudnya Kurma Mariami ni memang elok untuk dimakan especially orang yang datang bulan or yang baru bersalin sebab ia boleh menambah darah kerana kandungan zat besi yang tinggi di dalam kurma tersebut disamping dapat memberi tenaga. Sebab tu kawan saya orang Arab, hari ni dia bersalin esok dia boleh naik LRT and makan buah langsat, ni bukan cerita bohong ni kawan saya sendiri. Nama dia pun Maryam jugak. Saya tanya mak saya tak per ker Maryam tu cam tu. Mak saya cakap mungkin pemakanan awal orang Arab dari awal lagi makan benda yang berkhasiat contohnya seperti Kurma Mariami.
4. Kurma Mariami lembut tak basah sangat dan tak kering sangat. Kadar kelembapan 15%
5. Buah kurma buah yang berasal dari syurga.
6. Buah kurma tidak mempunyai kolestrol.
7. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
8. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.
9. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
10. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
11.Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as. 

Firman Allah dalam Surah Maryam ayat 25 yang bermaksud ”Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan”.

 Sabda:

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Nak tau kelebihan KURMA SAFAWI? Antaranya:

Kurma Safawi

Nak tau kelebihan KURMA SAFAWI? Antaranya:

✅ Kurma ini berasal dari Madinah. Safawi adalah antara kurma paling baik selain dari Kurma Ajwa.

✅ Memiliki rasa yang sangat sedap serta manis.

Nak tau khasiat KURMA SAFAWI? Antaranya:

✅ Mengandungi banyak kalsium dan potasium -- berguna untuk meneutralkan asid yang ada dalam perut

✅ Mengandungi Vitamin A -- Sangat baik untuk kesihatan mata, metabolisma lemak, membantu pertumbuhan tulang, ketahanan terhadap infeksi, kesihatan kulit

✅  Membantu meningkatkan kesihatan kehamilan dan melancarkan proses bersalin

✅ Mengandungi Magnesium yang tinggi -- boleh membantu ke arah mengurangkan risiko penyakit radang sendi, kardiovaskular, Alzheimer.

Hubungi kami untuk tempahan sekarang!

0176730318 cheta

Subhanallah. Ini rupanya sejarah Kurma Ajwa yang ramai orang tak tahu. 👇

Subhanallah. Ini rupanya sejarah Kurma Ajwa yang ramai orang tak tahu. 👇

.

Kurma Ajwa mendapat nama berdasarkan asbabul wurud ( sebab turun hadis) yang menyatakan bahawa suatu ketika dahulu, Salman Al-Farisi seorang nasrani yang baru memeluk islam telah mewakafkan kebun kurmanya utk pejuang-pejuang islam. Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Ajwa dan bagi mengenang jasa-jasanya itu, Rasulullah menamakan kurma yang dimakan ketika berbuka puasa itu dengan nama Ajwa.

Ada juga sumber yg mengatakan bahawa kurma Ajwa yang pertama merupakan kurma yang ditanama sendiri oleh nabi di tanah Madinah, berhampiran Masjiq Quba.

Diceritakan juga bahawa pada suatu hari Rasulullah sedang berpuasa dan apabila tiba waktu berbuka puasa, satu makanan pun tidak ada untuk baginda makan.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan itu merasa sedih lalu memohon kepada Allah supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk Rasulullah berbuka puasa. 

Lalu Allah memberikan buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah berbuka.

Setelah selesai iftar (berbuka), biji buah kurma tersebut ditanam oleh Rasulullah. Bermula dari itulah pokok kurma Ajwa ini seterusnya membesar di kawsan madinah. 

Mudah-mudahan kita semua dapat merasakan segala manfaat dan kebaikan daripada kurma Ajwa ini dengan mengambilnya secara teratur. InsyaAllah boleh terhindar dari pelbagai penyakit seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah.

Daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” 
[HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Fadilat ini khusus buat kurma Ajwah Madinah sahaja.

.

Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pendapat ulama mengenai hal ini. Antaranya daripada al-Khattabi yang menyatakan bahawa :

كَوْنُ الْعَجْوَةِ تَنْفَعُ مِنَ السُّمِّ وَالسِّحْرِ إِنَّمَا هُوَ بِبَرَكَةِ دَعْوَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِتَمْرِ الْمَدِينَة لَا لخاصية فِي التَّمْر

Maksudnya : “Kurma Ajwa bermanfaat bagi mengubati racun dan sihir disebabkan oleh keberkatan doa Nabi SAW kepada kurma Madinah, dan bukan kerana khasiat kurma itu sendiri.”

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis di dalam bab kelebihan tamar Madinah menyatakan bahawa hadis-hadis ini menunjukkan kelebihan tamar Madinah dan Kurma Ajwa. Juga kelebihan memakan tujuh biji kurma pada waktu pagi. Dan kelebihan ini hanya buat kurma Ajwa Madinah sahaja,bukan pada kurma-kurma yang lain.

.

Bantu sebarkan supaya lebih ramai orang dapat manfaat Kurma Ajwa ori dari Madinah kerana khasiatnya yang sangat banyak. 

.
#KurmaAjwaMadinah

Jumaat, 26 Februari 2021

Asma ni jangan kita pandang remeh. Kalau tak dijaga boleh meragut nyawa. Jaga kesihatan anda sebab ianya anugerah yang sangat berharga.

PERKARA YANG MEMBURUKKAN LAGI ASMA
.
.
.
Semua orang tahu perkataan asma tapi berapa ramaikah yang betul-betul kenal asma ni apa. Secara ringkas Asma ni merupakan penyakit yang berkait rapat dengan saluran pernafasan. Pendek cerita bila seseorang menghidap asma, saluran pernafasan mereka akan menjadi kemerahan, bengkak, menghasilkan lendir berlebihan dan mudah terangsang (hypersensitive). Ada beberapa perkara lagi kalau anda nak tahu yang boleh menyebabkan asma menjadi teruk.
.
.
SEJARAH KELUARGA (Family History)
Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah.

JANTINA & UMUR
Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma

ALERGIK
Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat.

MEROKOK (AKTIF&PASIF)
Asap rokok boleh memburukkan lagi asma seseorang sebab bahan kimia yang ada dalam rokok boleh memburukkan lagi saluran pernafasan, Takde faedah pun merokok ni. Badan binasa keluarga sengsara.

PENCEMARAN UDARA
Mereka yang tinggal di bandar lebih mudah terkena serangan asma disebabkan udara yang tercemar. ASap kenderaan dan juga debu boleh menyumbang kepada asma yang lebih kronik.

OBESITI 
Pakar menjelaskan, obesiti akan menyebabkan badan lebih mudah terkena keradangan dan seterusnya menyebabkan serangan asma.
.
.
Asma ni jangan kita pandang remeh. Kalau tak dijaga boleh meragut nyawa. Jaga kesihatan anda sebab ianya anugerah yang sangat berharga. 

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Didiklah anak perempuan kita untuk 'mahalkan' diri

Didiklah anak perempuan kita untuk 'mahalkan' diri

1. Didik anak perempuan untuk merasa malu dengan aurat sendiri dan aurat orang lain

2. Didik anak perempuan untuk merasa cantik daripada dalaman bukan cuma cantik luaran

3. Didik anak perempuan untuk mencari cinta Pencipta daripada berharap untuk mencari cinta manusia

4. Didik anak perempuan untuk jadikan Al Quran sebagai pegangan dan rujukan harian

5. Didik anak perempuan untuk mengenal siapa mahram dan siapa bukan mahram bagi dirinya

6. Didik anak perempuan untuk menghargai dirinya sendiri lebih daripada cuba mencari penghargaan daripada manusia lain

7. Didik anak perempuan untuk menjaga maruah diri lebih daripada untuk menjaga hati orang yang baru dikenali

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].

Khamis, 25 Februari 2021

BAHAYA MAKAN BUAH NAGA?

BAHAYA MAKAN BUAH NAGA?

Ada peserta Kelab Sihat yang bertanya kenapa air kencing mereka berwarna merah setelah memakan buah naga. Adakah buah naga menyebabkan air kencing berdarah?

Buah naga adalah sejenis buah tropikal daripada beberapa jenis pokok kaktus yang berasal daripada Amerika Selatan.

Nama lain bagi buah ini ialah pir strawberi, buah kaktus, pitaya, pitahaya, atau kaktus orkid. Dua spesies yang sering ditanam secara komersial ialah Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah).

Buah naga yang berwarna merah kerana kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai betalains. Ia menyebabkan air kencing malah najis kita berwarna merah.

Jadi warna merah itu bukanlah darah. Jadi memakan buah naga tidak menyebabkan pendarahan pada air kencing dan najis. Ia selamat untuk dimakan.

Buah naga mengandungi sejumlah nutrien yang bagus untuk kesihatan. Ia juga merupakan sumber zat besi, magnesium dan serat. Berikut adalah fakta nutrisi untuk hidangan 100 gram buah ini:

-  Kalori: 61
-  Protein: 1.1 gram
-  Lemak: 0 gram
-  Karbohidrat: 15 gram
-  Serat: 3 gram
-  Vitamin C: 3% daripada RDI
-  Besi: 4% daripada RDI
-  Magnesium: 10% daripada RDI

(RDI: Requirement Daily Intake)

Dengan kandungan kalori yang rendah dan kaya dengan antioksidan dan serat, menjadikannya sesuai dimakan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan dan mengawal gula.

Menurut USDA, buah naga kaya dengan serat, lycopene, dan vitamin larut air seperti karoten, vitamin C dan vitamin B niasin dan riboflavin. Ia juga kaya dengan mineral seperti magnesium, kalsium, fosforus, besi, dan natrium.

1. Melambatkan Proses Penuaan

Antioksida yang banyak dalam buah naga dapat membantu mengekalkan awet muda dan menyebabkan kulit yang menjadi anjal dan lembut. Antioksida juga bertindak melawan radikal bebas yang menjadi punca kerosakan sel dan penyakit kronik.

2. Mencegah Kanser

Buah naga kaya dengan vitamin C, lycopene dan karotene yang bertindak sebagai agen anti kanser, terutama kanser postat, payudara dan colon.

3. Kesihatan Jantung

Ia mengurangkan paras kolesterol yang ‘jahat’ dan meningkatkan paras kolesterol yang ‘baik”. Di samping itu buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi.

4. Kencing Manis

Ia mampu menstabilkan paras gula kerana mempunyai serat yang tinggi buah naga . Ia juga tidak menyebabkan peningkatan gula secara mendadak kerana nilai GI 50.

5. Penghadaman

Ia mengandungi serat yang dapat membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh dan mengurangkan masalah sembelit.

6. Meningkatkan Imuniti Tubuh

Ia mengandungi vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin c, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protine dan niacin membantu untuk meningkatkan paras imuniti tubuh badan.

7. Tulang yang kuat

Ia mengandungi mineral kalsium yang tinggi dan bagus untuk tulang yang kuat.

Kesimpulannya, buah naga bagus dimakan dan disertakan dalam hidangan. Dengan mengambil buah ini, beserta penjagaan makanan secara keseluruhan dan aktiviti fizikal yang mencukupi, kita akan bertambah sihat. Insya Allah.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Rabu, 24 Februari 2021

Tahukah anda usus kita terutama usus besar penuh dengan bakteria dan organisma lain? Beberapa bakteria berkenaan sebenarnya sangat penting untuk kesejahteraan kita.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN USUS YANG SIHAT

Tahukah anda usus kita terutama usus besar penuh dengan bakteria dan organisma lain? Beberapa bakteria berkenaan sebenarnya sangat penting untuk kesejahteraan kita.

Kajian terkini menunjukkan mengekalkan usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap daripada makanan yang kita makan. Usus sihat juga menjamin sistem imun yang sihat dan mencegah beberapa penyakit serius seperti kanser kolon.

Kebanyakan orang sekali-sekala mengalami masalah penghadaman kecil seperti sembelit, cirit-birit dan kembung atau keadaan yang lebih serius seperti gastritis dan kesakitan abdomen yang berkaitan dengan ulser peptik. Namun begitu, penting untuk memberi perhatian kepada sebarang tanda atau simptom berkaitan masalah usus seperti pendarahan, kesakitan dan sebarang kesukaran atau perubahan corak pembuangan air besar serta penurunan berat badan.

Dapatkan rawatan awal walaupun sesetengah tanda atau simptom boleh dirawat tanpa penggunaan ubat-ubatan atau rawatan. Jangan abaikan masalah ini dan membiarkannya melarat.

Gaya hidup dan tabiat makan boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman anda. Ada enam langkah mudah yang anda boleh lakukan setiap hari untuk menjaga kesihatan usus:

1. Makan lebih serat

Anda perlu mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan serat. Kehadiran serat membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan simptom beberapa gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus.

Untuk mengekalkan usus yang sihat, anda memerlukan serat daripada pelbagai jenis sumber makanan seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang dan oat.

Panduan Diet Malaysia menyarankan kita mengambil sekurang-kurangnya 25 gram serat setiap hari. Separuh daripada bijian yang diambil haruslah terdiri daripada bijirin penuh. Anda digalak meningkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur untuk mencegah masalah kembung dan ketidakselesaan perut terutama jika anda tidak biasa dengan pengambilan makanan tinggi serat.

2. Banyak minum air

Air membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman anda. Serat bertindak seperti span dan menyerap air. Tanpa cecair, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Air juga memberi faedah kesihatan lain - tiada kalori! Secara purata, anda harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (kira-kira dua liter) dan pada bila-bila masa apabila anda rasa dahaga!

3. Hadkan pengambilan kafein

Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, kola dan minuman ringan boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Jika anda tidak boleh berhenti minum kopi atau teh, hadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari.

4. Dapatkan pro dan prebiotik secukupnya

Terdapat ribuan bakteria yang hidup di dalam usus anda. Sesetengahnya bakteria baik yang memberi faedah kepada kesihatan dan pada masa sama usus kita juga ada bakteria yang memudaratkan. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik adalah penting.

Bagaimanakah anda boleh mencapai keseimbangan ini? Salah satu cara mudah dengan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik (yang mengandungi bakteria baik) dan juga mengambil prebiotik (‘makanan’ untuk bakteria baik) secukupnya.

Probiotik yang juga dipanggil ‘bakteria baik’ terdapat secara semula jadi di dalam usus dan dalam beberapa jenis makanan seperti yogurt, minuman susu berkultur, keju dan tempe.

Prebiotik ialah bahan yang menggalak pertumbuhan atau aktiviti mikro organisma seperti probiotik yang menyumbang kepada kesihatan usus. Prebiotik terdapat dalam makanan yang tinggi serat seperti pisang, bijirin penuh dan beberapa jenis sayuran (lik dan bawang).

Sesetengah produk komersial mengandungi serat khas yang dipanggil inulin dan oligofruktosa (frukto-oligosakarida) yang juga prebiotik.

5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak

Makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, burger, sosej dan hidangan berminyak melambatkan penghadaman dan boleh menyebabkan sakit perut serta pedih ulu hati. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi juga boleh mempe­ngaruhi komposisi bakteria usus.

6. Banyak bersenam

Hadkan aktiviti sedentari seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen. Sebaliknya lakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari. Sebarang senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Ini merangsang otot usus, sekali gus menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.

7. Pupuk tabiat membuang air besar yang sihat

Pastikan anda memupuk tabiat membuang air besar yang baik seperti pergi ke tandas sekali sehari dan elakkan daripada menahan keinginan untuk membuang air besar. Satu lagi tabiat yang perlu dipupuk adalah mendapatkan saringan kesihatan tetap untuk mengesan sebarang masalah seawal mungkin. Mengabaikan kesihatan usus anda boleh mengakibatkan masalah yang serius.

#HealthDrZubaidi

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...