Ahad, 7 Mac 2021

BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.

1. Bawang

Menyimpan bawang di dalam petisejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.

2. Kentang

Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar peti sejuk dalam keadaan kering.

3. Sos

Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.

4. Roti

Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam petisejuk.

5. Makanan dalam tin

Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

6. Makanan panas

Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.

7. Rempah ratus

Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan petisejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

8. Mentega

Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.

9. Madu

Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

10. Bahan bukan makanan

Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.

Rujukan : News Australia

#HealthDrZubaidi

MAKANAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS

MAKANAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS

Makanan yang baik untuk pesakit rheumatoud arthritis (dan penyakit autoimmune yang lain) adalah makanan yang berasaskan anti-keradangan yang mengandungi banyak antioksida, vitamin, mineral dan phytonutrient.

Kebanyakannya adalah buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna.

Hentikan pengambilan daging merah. Banyakkan ambil ikan yang mengandungi Omega 3. 

Ambil suplemen vitamin E dan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksida dan antikeradangan. 

Minyak zaitun juga sangat bagus diamalkan dan merupakan sumber minyak tak tepu yang terbaik selain mengandungi antioksida hydroxytyrosol yang tinggi.

Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam satu sudu. Alhamdulillah saya rasa lebih bertenaga dan lebih sihat.

#HealthDrZubaidi

boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya

SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)
.
PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit. Penghidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, menghasilkan hirsutism dan rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.
.
PCOS melibatkan 5-10% wanita dalam usia reproduktif mereka.
.
Kebanyakan wanita PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang. Oleh itu, mereka perlu menjalani saringan diabetes (kencing manis), tekanan darah dan kolesterol. PCOS juga boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility) disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar, akan tetapi ada ubat-ubatan kesuburan yang boleh membantu masalah ini. 
.
APAKAH ITU OVARI POLISISTIK?
.
Ia adalah satu keadaan dimana terdapat banyak sista kecil (follicles) tersusun di dalam ovari seseorang dan hanya dapat dilihat dengan bantuan imbasan ultrasound. Fenomena ini berlaku pada 20% wanita yang normal. Bukan semua wanita yang mempunyai ovari polisistik mengidap PCOS (hanya melibatkan 6-7%).
.
PENYEBAB
.
Punca PCOS masih belum diketahui. Wanita PCOS mempunyai tahap hormon-hormon pituitari luteinizing (LH) dan hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi yang boleh mengganggu fungsi normal ova (telur). Jika imbasan ultrasound dilakukan pada wanita PCOS, beberapa sista kecil (4-9 mm) dapat dilihat di dalam ovari. Sista kecil ini adalah folikel kecil (yang di dalamnya terkandung telur) yang tidak mampu berkembang kepada saiz yang akan mencetuskan ovulasi. Akibatnya, kadar estrogen, progesterone, LH, dan folikel merangsang hormon (FSH) menjadi tidak seimbang. Ini adalah antara penyebab phenomena PCOS.
.
Insulin adalah hormon yang mengawal tahap glukosa (sejenis gula) dalam darah. Wanita PCOS mungkin tidak bertindak balas terhadap insulin (dikenali sebagai rintangan insulin) dan ini boleh menyebabkan tahap glukosa menjadi tinggi di dalam darah. Untuk mengatasi masalah ini, badan akan menghasilkan lebih banyak insulin. Tahap insulin yang tinggi inilah boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
.
GEJALA (SIMPTOM)
.
Gejala PCOS mungkin berbeza-beza. (di antara ringan dengan lebih teruk). Simptom PCOS termasuklah : 
.
1. Kitaran haid: yang tidak teratur atau tidak  datang sama sekali,

2. Hirsutism: mempunyai banyak bulu di muka atau badan yang lebih dari biasa 

3. Kehilangan rambut di kepala

4. Obes

5. Jerawat atau kulit muka berminyak

6. Kemurungan atau berubah suasana hati (mood)
.
Diagnosa PCOS biasanya dibuat apabila wanita itu mempunyai mana-mana dua daripada tiga yang berikut :
.
1. Haid : tidak teratur/ jarang atau tidak ada period.

2. Hormone lelaki (androgen) tinggi: bulu badan dan di muka yang lebih daripada biasa.  Ujian darah yang menunjukkan kadar testosteron yang lebih tinggi dari wanita biasa. 

3. Imbasan ultrasound yang menunjukkan ovari polisistik
.
RAWATAN
.
Ia terpulang kepada simptom atau tanda dan berkisar kepada kehendak pesakit:
.
1. Pil perancang (OCP) – untuk memperbetulkan kitaran haid. Ia juga boleh menghindarkan kanser rahim atau hyperplasia selaput endometrium (see endometrial hyperplasia). OCP yang mempunyai anti-androgen (cyproterone acetate) boleh juga mengurangkan hirsutism dan jerawat.
.
2. Progestin –  sejenis hormon yang diberi selama 21 hari untuk 1 hingga 3 bulan. Ia boleh mangatur pusingan haid tapi tidak membantu dalam hirsutism atau jerawat. Progestin juga tidak menghindar keupayaan mengandung (ia bukan OCP). Akan tetapi, ia boleh mengurangkan risiko kanser rahim dan hyperplasia selaput endometrium.
.
3. Hirsutism – bulu yang berlebihan di badan). Ia boleh dirawat dengan bercukur, kaedah electrolysis atau rawatan laser. Sementara itu terdapat ubat-ubat anti-androgen seperti cyproterone acetate atau alderone, yang diambil untuk 4 hingga 6 bulan boleh membantu mengurangkan hirsutism.
.
4. Penurunan berat badan – kaedah yang paling efektif dalam mengawal insulin, mengatur semula kitaran haid kembali normal dan simptom-simptom PCOS lain. Dengan hanya mengurangkan 5-10% dari berat badan, sudah cukup untuk pusingan haid kembali normal.
.
5. Metformin (Glucophage) – ubat untuk meningkatkan efekasi insulin dalam badan. Boleh membantu ovulasi bagi sesetangah pengidap PCOS, lebih-lebih lagi yang ada obes dan mempunyai kencing manis (DM).
.
6. Ketidaksuburan

a. Pengurangan berat badan – dengan mengurangkan 5-10% dari berat badan, ia boleh meningkatkan tahap kesuburan wanita PCOS.

b. Clomiphene (anti-estrogen) – ubat yang diminum untuk meningkatkan ovulasi (penghasilan telur ovary). 

c. Ubat jarum FSH – bagi mereka yang gagal mengeluarkan telur (ovulasi) dengan bantuan Clomiphene.
.
KOMPLIKASI
.
Pengidap PCOS terdedah dengan komplikasi jangka masa panjang seperti:
.
1. Kencing manis (diabetes mellitus- DM) – 10-20% PCOS boleh mendapat DM pada usia lingkungan 40-an nanti, lebih-lebih lagi jika pesakit itu obes atau mempunyai sejarah keluarga DM.

2. Tekanan darah tinggi (hypertension) – disebabkan DM dan obes

3. Penyakit jantung koronari- disebabkan DM dan darah tinggi

4. Kanser – haid yang tidak teratur boleh mengakibatkan selaput endometrium menebal sehingga terhasilnya hyperplasia (see endometrial hyperplasia). Ini boleh mengakibatkan kanser rahim. Oleh itu mereka yang mempunyai masalah haid (haid datang kurang dari 4 kali dalam setahun) disarankan berjumpa doktor. Risiko kanser buah dada, pangkal rahim (serviks) dan ovari adalah sama seperti wanita yang tidak mempunyai PCOS.

5. Kemurungan: kurang jati diri kerana kegemukkan dan perasan tidak yakin.

6. Berdengkur dan mamai diwaktu pagi: oleh kerana Obstructive sleep apnea (see Obstructive sleep apnea)
.
BAGAIMANA HENDAK MENGURANGKAN KOMPLIKASI?
.
1. Amalkan tabiat mengambil makanan yang sihat dan seimbang.

2. Amalkan berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis dan puasa-puasa sunat lain.

3. Bersenam – istiqomah dalam melakukan senaman, paling kurang 3 kali seminggu.

4. Kurangkan berat badan, ia boleh menurunkan risiko kencing manis, koronari jantung dan semula kitaran haid dan mengurangkan risiko hyperplasia endometrium.

5. Saringan kesihatan lebih kerap dan berkala. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berumar 40an ke atas, dan berisiko kencing manis dan darah tinggi. Boleh dibuat setahun sekali.
.
Kesimpulannya, amalkan cara hidup sihat dan kekalkan berat badan yang ideal. Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat serta halal. Dengan cara-cara hidup seperti inilah, PCOS dan komplikasinya dapat dibendung dan dikurangkan.
.
#HealthDrZubaidi

Sabtu, 6 Mac 2021

rekod biar kemas

Saat orang lain berseronok di luar.
kita pon seronok juga dekat rumah,beriang ria ahh😁😁
Sambil selesaikan kerja jeling sekali kerja sekolah anak...

Rekod baik-baik supaya menyenangkan diri sendiri. bila buat posmotem.πŸ˜ƒ supaya tak pening hujung bulan vs Hujung tahun

Jumaat, 5 Mac 2021

JENIS-JENIS BATU KARANG.

JENIS-JENIS BATU KARANG
.
Batu karang atau renal calculi adalah jisim pepejal yang diperbuat daripada kristal. Ia biasanya berasal dari buah pinggang anda. Bagaimana pun, ia boleh berkembang di mana-mana sepanjang saluran kencing.
.
Antara bahagian batu karang terbentuk :

1. Buah pinggang

2. Ureter (Saluran yang mengalirkan air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing)

3. Pundi kencing

4. Uretra (Saluran yang membawa keluar air kencing dari pundi kencing)
.
Terdapat lima jenis batu karang yang berbeza jenis dan penting untuk mengetahuinya.
.
1. Batu kalsium

Batu karang jenis ini adalah paling biasa dialami kebanyakan orang dan ianya merangkumi 75% batu karang yang selalu terbentuk. Batu kalsium ini cenderung terbentuk apabila air kencing berasid iaitu mempunyai nilai pH yang rendah.

Kajian awal menyatakan diet yang rendah protein dan makanan kurang garam adalah bagus bagi pesakit yang mempunyai jenis batu karang kalsium kerana ia boleh mengelakkan batu tersebut daripada terbentuk.

Walaupun batu karang ini terbentuk daripada kalsium, terdapat kajian menunjukkan pengambilan kalsium melalui diet boleh mengelakkannya daripada terbentuk. Ini kerana ia boleh bergabung dengan kompaun oxalate di dalam makanan yang menjadi punca batu karang. Penggabungan dua kompaun ini tidak boleh diserap dan akan dikeluarkan melalui usus.

Oxalate diet adalah molekul organik yang terdapat di banyak sayuran, buah-buahan, dan kacang-kacangan. Selain itu, kalsium dari tulang juga boleh memainkan peranan dalam pembentukan batu karang.
.
2. Batu struvite

Batu karang jenis ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang mengalami jangkitan saluran kencing (UTI). Ia merangkumi 15% daripada batu karang yang selalu terbentuk. Pembentukannya adalah disebabkan oleh bakteria Proteus, Pseudomonas dan spesies Klebsiella.

Batu-batu ini boleh menjadi besar dan menyebabkan kesukaran untuk kencing. Oleh itu, merawat jangkitan boleh menghalang perkembangan batu struvite.
.
3. Batu asid urik

Batu karang jenis ini kebiasaannya berlaku pada lelaki berbanding wanita. Malah, boleh juga berlaku pada orang yang menhidap gout atau orang yang menjalani kimoterapi. Pembentukannya merangkumi 6% daripada batu karang yang selalu terbentuk.

Pembentukannya mempunyai kaitan dengan pH air kencing iaitu kurang daripada 5.5, pengambilan diet yang tinggi kandungan purine (organ dalaman, ikan bilis, makanan laut) atau pesakit yang mempunyai kanser. Diet yang kaya purine adalah bahan yang tidak berwarna dalam protein haiwan seperti ikan, kerang dan daging.

Bagi pesakit gout, kandungan darah mereka mengandungi asid urik yang tinggi menyebabkannya terkumpul dalam saluran air kencing dan membentuk batu.
.
4. Batu cystine

Batu karang jenis ini paling jarang berlaku yang mana ia hanya melibatkan 2% penyebab batu karang terbentuk. Ia terhasil akibat daripada gangguan genetik yang berlaku secara semula jadi dalam badan yang menyebabkan sista asid amino iaitu kebocoran salah satu blok protein dari buah pinggang ke dalam air kencing untuk membentuk batu karang.

Dengan mengetahui jenis batu karang yang dihidapi seseorang, perubahan pola pemakanan boleh disesuaikan bagi mengelakkan penyakit ini lebih parah. Sebagai contoh, mengehadkan oxalate dalam diet boleh membantu mengelakkan batu kalsium oxalate. Selain itu, minum air yang cukup membantu menghalang semua jenis batu karang.

Sebanyak 80 hingga 85% batu karang akan pecah dan keluar dengan sendirinya. Namun, 20% daripada pesakit memerlukan bantuan perubatan kerana kesakitan yang teruk atau jangkitan kuman pada tempat buang air kecil.
.
#HealthDrZubaidi

JANGKITAN KUDIS HERPES

JANGKITAN KUDIS HERPES

Kudis herpes atau jangkitan oral Herpes Simplex disebabkan jangkitan virus Herpes Simplex jenis 1 (HSV-1). Biasanya virus ini membabitkan jangkitan di bahagian mulut dan membentuk ulser yang boleh menyebabkan kesakitan dan kesukaran untuk makan dan minum. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian alat kelamin.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2012, dianggarkan 3.7 bilion orang bawah umur 50 tahun atau 67 peratus populasi dijangkiti HSV-1 di seluruh dunia. Jangkitan ini mudah disebarkan kepada individu lain melalui sentuhan secara langsung atau tidak langsung.

Menyentuh cecair dalam ulser kudis herpes atau berkongsi barang dengan individu yang dijangkiti HSV-1 terutamanya dalam fasa jangkitan aktif mungkin menyebabkan sebaran jangkitan kepada seseorang yang sihat. Namun, kebanyakan pesakit dijangkiti virus ini tidak menunjukkan tanda klinikal yang ketara.

Kudis herpes ini terjadi melalui beberapa peringkat dan simptomnya tidak akan diketahui sehingga terjadinya ulser. Antara gejala yang biasa dijumpai adalah lepuh atau ulser yang sakit di sekitar mulut. Individu yang dijangkiti sering mengalami kesakitan, kegatalan dan kepanasan di sekeliling mulut mereka sebelum gelembung air jangkitan timbul.

Kudis herpes biasanya sembuh sendiri bagi pesakit yang tidak mempunyai masalah sistem pertahanan tubuh. Individu yang dijangkiti HSV-1 biasanya mempunyai virus ini di dalam badan mereka seumur hidup. Virus ini akan terus menghuni sel saraf pesakit walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan.

Selepas jangkitan awal, lepuh atau kudis ini boleh berulang kembali pada masa akan datang apabila diaktifkan semula oleh beberapa faktor seperti stres, demam, sistem pertahanan tubuh yang rendah, penggunaan sesetengah ubat seperti ubat kemoterapi dan sebagainya. Kekerapan jangkitan ini berulang kembali pula berbeza antara individu.

Setakat ini tiada rawatan untuk menyembuhkan kudis herpes. Namun ada beberapa jenis ubat yang boleh digunakan bagi melegakan simptom kesakitan, kegatalan, kepedihan di bahagian ulser serta demam dan sakit otot yang dicetuskan akibat penyakit ini.

Sebelum memulakan sebarang rawatan, pesakit perlu memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi sekiranya mempunyai apa-apa alahan ubat atau penyakit lain agar rawatan sesuai dapat diberikan kepada pesakit.

Ubat antivirus yang digunakan dalam rawatan ‘cold sore’ boleh dibahagikan kepada ubat sapuan (topikal), ubat makan (oral) dan ubat suntikan. Untuk jangkitan yang teruk, pengambilan ubat antivirus secara suntikan adalah diperlukan.

Antara contoh ubat antivirus yang digunakan untuk rawatan adalah aciclovir dan valaciclovir. Ubat-ubatan ini mempercepatkan proses penyembuhan kudis herpes, mengurangkan frekuensi dan keterukan jangkitan berulang.

Namun, ia tidak dapat menghapuskan jangkitan secara kekal. Ia harus digunakan sebaik sahaja tanda awal kudis herpes muncul bagi memastikan rawatan ini lebih berkesan.

Jenis ubat, bentuk dos, tempoh dan selang masa yang disarankan ketika mengambil ubat-ubatan ini berbeza bergantung pada keadaan pesakit. Ubat-ubatan biasanya dipreskripsikan kepada pesakit oleh doktor selepas pemeriksaan dijalankan.

Bagi rawatan demam dan sakit otot, pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit atau paracetamol dengan dos dan frekuensi yang betul seperti dicadangkan ahli farmasi atau doktor yang merawat.

Selain mengambil ubat-ubatan di atas, pesakit juga dinasihatkan untuk mengelakkan mengambil makanan yang pedas dan berasid serta tidak menyentuh bahagian jangkitan pada mulut dengan menggunakan tangan kecuali ketika menyapu ubat.

Pastikan tangan dibasuh bersih dengan menggunakan sabun sebelum dan selepas menyapu ubat pada ulser. Sebaik-baiknya ubat sapu disapukan dengan lembut di atas ulser dan tidak menggosoknya bagi mengelakkan ulser menjadi bertambah teruk.

Jika pesakit mendapati masalah ini semakin teruk atau berpanjangan, pesakit dinasihatkan segera mendapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan. Perkara ini perlu diambil perhatian terutama bagi pesakit yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang rendah seperti pesakit HIV atau pesakit yang mengambil rawatan steroid untuk jangka masa panjang.

#HealthDrZubaidi

madu kurma merah teman setia ibu moden

🍼 Masalah Susu Badan Kurang? 🍼

🍼 Bayi kerap menangis ? 🍼

🍼 Susu badan tak pekat ? 🍼

Jika Ya, 

Anda telah menemui jalan penyelesaian bagi masalah anda. 

●MADU KURMA MERAH FOMULASI TERKINI

-Bantu pekatkan susu badan dan banyakkan susu badan.

-Badan anda lebih bertenaga.

-Bayi anda lebih bijak dan aktif membesar dengan susu ibu.

Dapatkan madu kurma merah maii

 Tekan link chetaπŸ˜ŠπŸ˜€

#

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ πŸ‘Ά Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan πŸ‘Ά Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...