Isnin, 22 Mac 2021

Anak saya kerap mengalami masalah batuk dan selesema.

Hampir ratusan ibu bapa di malaysia telah berubah menjadi seorang ibu bapa yang peka dan cakna dengan kesihatan dan perkembangan dalam membesarkan anak-anak.

Anak saya kerap mengalami masalah batuk dan selesema. Bila datang masalah selesema dan batuk memang ibu bapa lah yang paling risau tentang anak-anak. Bila anak tak sihat kita yang jadi susah nak fokus dengan kerja lain dan rasa terganggu sebab dibelenggu perasaan risau.

Tapi dalam masa beberapa bulan yang lepas saya dah cuba ikhtiar dan amalkan Minyak Herba Asmak, mulai sekarang dah banyak perubahan yang saya perasan pada kesihatan anak. Bila batuk dan selesema saya akan sapu Minyak Herba Asmak pada dada, belakang badan dan hidung sikit Alhamdulillah, dapat melegakan batuk dan selesema. 

Lepas ni saya dah tak payah risau lagi sebab Minyak Herba Asmak kan ada.

Ahad, 21 Mac 2021

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki...

BILA ADA ANAK PEREMPUAN

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan..
Jujur..
Masa dia kecil2 dulu...
Tak rasa sangat cabarannya...
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya...

Mak sentiasa pesan...
Ada anak perempuan jangan ambil mudah...
Jangan buat tak endah...
Tanggungjawabnya berat...
Tugasnya amat besar...

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki...

Bila ada anak perempuan...
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi2...
Biasakan pakaian menutup 'aurat.. 
Ajarkan anak anak berpakaian sopan...
Tidak terdedah sana sini...
Tidak ketat menonjol...
Ajarkan mereka erti malu...

Besederhana menikmati zaman kanak2...

Bila ada anak perempuan...
Tak boleh dibiar tidur sana sini...
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik...
Bahayanya ada dimana mana...
Jangan percaya kepada sesiapa...

Bila ada anak perempuan...
Ajarkan mereka sentuhan selamat...
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat...
Jangan biarkan anak berseorangan...
Sentiasa temani mereka...
Biar kita susah hari ini...
Dari menangis dikemudian hari...

Bila ada anak perempuan...
Ajarkan mereka tentang harga diri...
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri...
Kerana diri mereka sangat berharga...

Bila ada anak perempuan...
Terangkan kepada mereka tentang haid...
Dan kehamilan bila mereka sudah baligh...
Usah malu untuk memberi ilmu...
Bimbang mereka cari di tempat salah...

Bila ada anak perempuan...
Pilihlah rakan untuk mereka...
Kenali juga siapa kawan mereka...
Rakan yang baik menjadi penguat...
Rakan yang nakal menjadi pemusnah...

Bila ada anak perempuan...
Selalulah diperiksa handphone mereka...
Apa yang dikongsi...
Apa yang ditulis...
Ambil tahu...

Bila tiba saat kau lepaskan mereka...
Hidup berjauhan...
Sentiasa ingatkan mereka...
Jagalah diri baik2...
Jagalah maruah diri...
Jagalah maruah keluarga...

Biarlah orang kata kita kolot...
Biarlah orang kata kita syadid...

Bila ada anak perempuan...
Berdoalah...
Mohon dijaga kehormatan diri mereka...
Mohon dijaga keselamatan mereka...
Moga2 Allah lindungi mereka...

Kredit: Muallim

Sabtu, 20 Mac 2021

Aduh, kesian betul jadi wanita ni. Otak tak pernah rehat.

Kadang kesian kat isteri kuat sangat berfikir.
Ada sahaja dia fikirkan.

Kadang tengah makan dia berlari tengok mesin basuh lupa nak masuk dryer.

Kadang tengah borak hal lain dia boleh teringat pasal urusan sekolah anak.

Kadang tengah baring nak tidur dia boleh melompat bangun lipat baju pula.

Aduh, kesian betul jadi wanita ni. Otak tak pernah rehat.

Sebab tu la kita kalau nampak isteri tengah,
- tidur
- mandi
- borak
- layan drama
- scrol shopee

Jangan di kacau sebab masa tu diorang tengah buat “Mind Relaxation”

Dia tak ingat pasal kerja.
Dia tak ingat pasal anak.
Dia tak ingat laki kat sebelah.

Kadang dia tersengih, tergelak dan termenung sorang sorang tu tanda otak dia tengah relax relax la tu. Usah di kacau!

Sikit dehem dari kita pun dah boleh “trigger” otak dia tukar dari mode relax kepada mode bekerja.

Kita ni lelaki otak tak sama macam wanita. Kita anak gelinjang depan mata pun kita boleh terlelap lagi tapi isteri selagi anak tak lelap selagi tu dia duk terbeliak otaknya.

Wallahu A’lam,

Kasihan tapi apa boleh fitrah lelaki & wanita jauh berbeza.

Kredit: Cik Pah AS

Jumaat, 19 Mac 2021

Tips menyimpan dengan teknik sampul

TIPS SIMPAN DUIT 🤩

Tahun ni boleh start buat sudah. 

RM1 - Setiap hari masuk dlm tabung. Total setahun genapkan rm400. 

RM5 - Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun rm500. 

RM10 - Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan rm1000. 

RM20 - Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan rm500. 

RM50 - Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total setahun rm300. 

RM100 - Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total setahun rm600. 

TOTAL keseluruhan setahun RM3,300. Banyak kan? 🤩

#TipsSimpanDuit

Khamis, 18 Mac 2021

Tiada seorang manusia pun di dunia ini yang akan terlepas dari pembalasan Tuhan.

“HIDUP INI BERJEMAAH, MATI ITU SENDIRI-SENDIRI”

Tiada seorang manusia pun di dunia ini yang akan terlepas dari pembalasan Tuhan.

1️⃣ Hari ini kita mungkin kaya. Tapi kekayaan itu tidak akan mampu membantu kita di akhirat kelak jika tidak pernah berinfak.

2️⃣ Hari ini kita mungkin berpangkat megah. Tapi pangkat itu juga tidak akan mampu menjadi penyelamat kita jika tidak pernah menjalankannya dengan amanah.

3️⃣ Hari ini kita mungkin bergaya dan hebat. Tapi kehebatan itu juga tidak akan mampu menjadi benteng api neraka jika tidak pernah menunaikan solat.

4️⃣ Hari ini kita mungkin cantik dan tampan. Tapi kecantikan dan ketampanan itu juga tidak akan mampu menjadi penyeri kita di hari pembalasan jika hidup tak pernah ingat Tuhan.

☝️Apa yang berlaku hari ini, adalah apa yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

Tapi bagaimana ia berlaku hari ini, adalah bergantung bagaimana cara kita melakukannya pada hari ini.

”tiada suatu nafas terlepas dari padamu, melainkan di situ pula ada takdir Allah yang berlaku atas dirimu.” (Syekh Ibnu Atha’illah As-Sakandari)

Ingatlah...

Hidup kita tidak berakhir di atas dunia ini.

Tetapi ia akan berakhir apabila kita sampai di hari pembalasan kita..

Kita tiada pilihan lain..
melainkan hanya dua pilihan ;

SYURGA
➡️Disajikan bagi seseorang hamba yang ikhlas kerana Allah SWT. 

NERAKA
➡️Disajikan bagi seseorang hamba yang ingkar kepada Allah SWT.

Maka segeralah melakukan yang baik-baik, semoga di akhirat nanti kita semua akan mendapat perkara yang baik-baik.

Wallahua'lam...

"Hidup ini berjemaah, mati itu sendiri-sendiri..
Solat itu berjemaah, kubur itu sendiri-sendiri..
Padang Mahsyar itu berjemaah,
Hari pembalasannya sendiri-sendiri..”

Rabu, 17 Mac 2021

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.

PETUA TIDUR NABI SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Kredit Penulis Asal

Selasa, 16 Mac 2021

Menjadi orang yang amanah dan bertanggungjawab tidaklah mudah

Menjadi orang yang amanah dan bertanggungjawab tidaklah mudah. Apalagi bila melibatkan duit. Dalam dunia akhir zaman ini, di mana keimanan itu makin menipis dek cintakan dunia lebih menguasai diri daripada cintakan ALLAH dan Rasulnya, manusia memandang ringan terhadap tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.

Rasulullah SAW menegaskan: "Tiada iman bagi orang tidak memegang amanahnya dan tiada agama bagi orang tidak dapat dipegang janjinya." (HR Ahmad dan Dailami)

#KomikAsmak

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...