Isnin, 25 Februari 2019

Sesudu Madu Mampu Hapuskan 7 Masalah Wanita

Madu bukan sahaja dijadikan makanan kesihatan malah digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai masalah kulit dan dipercayai dapat membantu merawat kecantikan dalaman wanita. Jom, bongkar kelebihan madu yang juga merupakan makanan sunnah...



1. Segarkan Tubuh & Wajah
Pengambilan madu secara konsisten akan membantu memberi tenaga kepada tubuh sekali gus menaikkan seri wajah. Amalkan mengambil madu satu sudu sehari ketika perut kosong. Elakkan menggunakan sudu besi sebaliknya sudu plastik kerana ia dikatakan dapat mengekalkan khasiat madu.


2. Lindungi & Lembapkan Kulit
Kandungan antioksidan dalam madu dapat melindungi kulit daripada jangkitan, ia juga membantu memulihkan luka dan mengatasi pelbagai masalah seperti bintik-bintik hitam serta jerawat. Gunakan madu sebagai masker wajah. Oles madu pada wajah, kemudian biarkan kering. Bersihkan wajah dengan air perahan limau nipis. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah kelihatan lembap dan kemerahan.


3. Awet Muda
Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh.


4. Bersihkan Wajah
Madu juga boleh dijadikan pembersih wajah. Kandungan enzim dalam madu apabila dicampur dengan air menjadi cairan lembut yang dapat membersihkan kotoran dari dalam dan membuatkan kulit wajah lembut dan tegang. Ia pembersih wajah semula jadi yang selamat dan berkesan.
Sejak zaman dahulu, madu bukan sahaja dijadikan makanan kesihatan malah ia juga digunakan secara meluas untuk merawat pelbagai masalah kulit dan dipercayai dapat membantu merawat kecantikan dalaman wanita. MW kongsikan kelebihan madu yang juga merupakan makanan sunnah.


5. Atasi Jerawat & Parut
Madu sangat mujarab untuk mengecutkan dan menghilangkan jerawat tanpa meninggalkan parut. Madu merawat kulit dari dalam seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Ia juga dikatakan dapat menghilangkan parut pada wajah. Sapukan madu pada bahagian yang bermasalah, biarkan sehingga kering. Kemudian, bilas dengan air suam.


6. Cerahkan Kulit
Untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus dan cerah, anda boleh berendam di dalam tab yang dicampur dengan madu, susu dan air mawar. Kombinasi ramuan ini mampu meredakan tekanan dan menjadikan kulit gebu. Ia juga merawat tubuh dengan cara yang ‘lembut’.


7. Atasi Bibir Hitam
Bagi anda yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten sehingga

Apa tunggu lagi kaum wanita.. cepat dapatkan madu dari saya hari ini

hubungi www.wasap.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...