Ahad, 21 April 2019

TIPS BERJAYA DALAM BISNES

1. Buat. Buat. Buat.
Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.

2. Fokus
Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.

3. Usah berhenti belajar
Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.

4. Fokus kepada bisnes kita
Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.

5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita
Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.

6. Jangan putus semangat
Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.

7. Fokus kepada penyelesaian
Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.

8. Terus belajar
Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.

9. Berhenti salahkan orang lain
Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.

10. Buktikan dengan hasil
Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap,


 tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...