Selasa, 2 Mac 2021

TIPS PENTING FB LIVE

TIPS PENTING FB LIVE

Semua orang akan guna Facebook Live (FB Live) disebabkan trend yang semakin meningkat. Macam mana diorang guna FB Live untuk berkongsi cerita pasal bisnes dan kemudiannya secara halus membuat pemasaran pasal produk mereka?

Tapi, walaupun u ols tengok macam senang je buat Fb Live tu - ambil fon, online dan record video, tapi benda ni tak la semudah yang disangka. U ols kena ada strategi supaya apa yang dikongsi semasa FB Live tu membuahkan hasil yang positif kepada bisnes. Macam mana caranya?Jom tengok!

#1 ANNOUNCE
Konsep ni mudah ja - umumkan bila, di mana, dan apa topik yang nak dibincangkan dalam FB Live tu. Nanti audiens baca dan take note maklumat tu. Lepas tu, kena la bersedia ikut waktu yang ditetapkan. 

#2 ASK
Semasa rakaman FB Live ni, u ols kena pandai berinteraksi dengan audiens tau. Boleh ja minta diorang like atau komen masa u ols tengah FB Live tu. Dan satu lagi yang orang selalu lupa buat adalah untuk sentiasa sebut semula (repeat) apa yang telah dan akan dibincangkan supaya orang yang baru tengok tu tak rasa “lost”. Satu lagi, sentiasa tegur audiens semasa anda sedang bercakap. Tanya la diorang faham ke tak, ataupun ulang balik mana-mana part yang perlu supaya audiens akan rasa kita tu betul-betul tengah coomunicate dengan diorang.

#3 TIME
Banyak video yang dikongsi ambil masa yang terlalu lama. Ada yang buat sampai berjam-jam! Pada mereka, lebih lama lebih baik sebab ramai audiens yang dapat join sekali. Sebenarnya, durasi yang efektif adalah 30 minit ja weh. Jadi, bahagikan masa kepada pendahuluan, beberapa isi penting dan penutup. Rancang perjalanan video tu supaya tak meleret. Nanti takut audiens lari bila diorang rasa macam buang masa.

#4 PLAN
Rangkakan isi video. Ingat! KITA KENA ADA STRATEGI. Jadi sepatutnya sebelum anda guna FB Live, sila bersedia dengan isi-isi penting yang anda nak kongsi dengan audiens. Barulah video tu berkesan kepada audiens. Kan dah cakap, kalau kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal. Mudah ja nak sediakan content untuk FB Live ni, carilah topik yang anda familiar dan tahu. Cari juga topik atau isu berkaitan. So content takkan jadi bosan.

SELAMAT BER-FB LIVE!!💪🏻

Anak-anak perlukan belaian manja ibu dan ayahnya. Walau sesibuk mana pun WAJIB luangkan masa dengan si manja.

TIPS ANAK CERIA SEPANJANG HARI

Anak-anak perlukan belaian manja ibu dan ayahnya. Walau sesibuk mana pun WAJIB luangkan masa dengan si manja.

1. Setiap kali bangun tidur cakap dengan dia. Walau anak tidur sekalipun dia tetap dengar.
2. Lepas sarapan pagi, berbual-buallah  dengannya.
3. Biasakan urut manja sebelum pakai baju, buat senaman ringan sambil-sambil berbual. Reaksi di wajahnya buat dia rasa selesa bila kita dekat dengannya.
4. Jadikan waktu makan adalah waktu paling anak-anak nantikan. Luangkan masa selepas makan untuk berbual tentang aktiviti harian.
5. Sekali sekali bacakan buku untuknya. Aktiviti ni bagus untuk asah kemahiran mendengar, kemahiran berinteraksi, kemahiran memahami situasi dan emosi.
6. Lakukan aktiviti diluar pada waktu petang untuk anak kelihatan cergas.
7. Tetapkan tidur anak pada waktu yang sama agar mudah diatur walau berubah tempat.
8. Jadikan rutin sapuan minyak herba asmak setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur untuk memberikan keselesaan yang berpanjangan dan tidurnya lebih nyenyak selain dapat cegah kembung perut, sembelit, batuk dan selsema.

Semoga bermanfaat.

Isnin, 1 Mac 2021

CARA UNTUK MENGELAKKAN MASALAH CAGU.

CAGU PADA KUKU KAKI
.
Cagu ialah keadaan dimana hujung kuku anda tumbuh memasuki kulit yang terletak dibahagian tepi kuku tersebut. Ia disebabkan oleh tekanan daripada tepi kuku yang tumbuh ke dalam kulit jari kaki. Ia boleh dirawat di rumah. Tetapi jika tidak dirawat dengan baik, cagu ini boleh menjadi jangkitan kuman atau lebih teruk lagi menjadi bengkak bernanah yang memerlukan rawatan pembedahan.
.
SIMPTOM-SIMPTOM
.
1. Sakit dan berasa pedih pada jari kaki, pada sebelah atau kedua-dua belah kuku

2. Kemerah-merahan disekeliling kuku kaki

3. Bengkak pada jari disekeliling kuku

4. Jangkitan kuman pada tisu disekeliling kuku kaki
.
Cagu boleh berlaku pada lelaki dan perempuan. Ia selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai kaki yang berpeluh seperti pada remaja. Dan ia juga berlaku pada mereka yang sudah tua kerana kuku kaki yang menebal.
.
Banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah ini. Ia adalah:
.
1. Potong kuku dengan cara yang tidak betul. Bagi kuku kaki, anda dinasihatkan untuk memotong kuku tersebut tidak terlalu dalam dan ianya perlu lurus.

2. Kuku kaki yang tidak sekata

3. Kasut yang ketat hingga memberi tekanan pada kuku kaki

4. Kecederaan pada kuku kaki

5. Postur duduk yang salah

6. Tidak menjaga kebersihan kaki
.
Penggunaan kaki yang berlebihan seperti dalam atlet boleh mendedahkan seseorang kepada masalah ini juga. Aktiviti menendang sesuatu ataupun yang memberikan tekanan pada kaki dalam satu tempoh yang lama akan meningkat risiko seseorang itu mengalami masalah cagu. Beberapa aktiviti ini adalah bola speak, futsal dan tinju.
.
KOMPLIKASI
.
Terdapat beberapa komplikasi jika seseorang itu tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Komplikasi tersebut adalah:

1. Jangkitan kuman pada bahagian tulang

2. Jangkitan kuman yang selalu juga boleh menyebabkan ulser dibahagian yang terlibat

3. Pada pesakit diabetes, jangkitan kuman dibahagian tersebut boleh teruk hingga menyebabkan kematian sel dikawasan tersebut. Gangrene boleh berlaku hingga menyebabkan jari kaki perlu dipotong.
.
RAWATAN 
.
Cagu yang tidak mengalami jangkitan kuman selalunya boleh dirawat di rumah. Akan tetapi jika kuku tersebut telah memasuki kulit ataupun menyebabkan jangkitan kuman, anda diminta untuk mendapatkan rawatan di klinik
.
Untuk rawatan di rumah, boleh merawat masalah ini dirumah dengan mencuba :
.
1. Rendam kaki dalam air suam selama 15 hingga ke 20 minit 3 hingga 4 kali sehari

2. Tolak hujung kulit kaki dengan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan minyak zaitun

3. Gunakan ubat tahan sakit seperti paracetamol

4. Krim antibiotik seperti neomycin boleh disapu ditempat tersebut untuk mengelakkan jangkitan kuman

5. Anda boleh mencuba rawatan ini dirumah untuk beberapa hari. Jika sakit tersebut semakin teruk dan anda susah untuk berjalan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan
.
Bagi prosedur mencabut kuku, selalunya jika kuku tersebut masuk ke dalam kulit dengan dalam, kuku tersebut perlulah dicabut. Prosedur tersebut akan melibatkan pemberian ubat bius pada bahagian jari tersebut terlebih dahulu. Kuku akan dipotong pada bahagian kuku yang memasuki kulit tersebut sahaja. Bahagian sebelah yang tidak terlibat selalunya tidak akan dibuang.
.
Anda juga perlu memakai kasut khas ataupun selipar untuk membenarkan kawasan tersebut pulih dengan sepenuhnya terlebih dahulu. Elakkan pergerakan yang banyak. Kuku akan tumbuh beberapa bulan balik selepas prosedur tersebut.
.
CARA UNTUK MENGELAKKAN MASALAH CAGU
.
1. Potong kuku dengan lurus. Elakkan daripada memotong kuku dengan melengkung

2. Elakkan daripada memotong kuku dengan terlalu pendek

3. Guna kasut yang sesuai dan tidak terlalu ketat

4. Jika kuku kaki terlalu tebal dan tidak sekata, mungkin prosedur untuk membuang kuku kaki tersebut perlu dilakukan.
.
#HealthDrZubaidi

Kacang parang kaya dengan bahan tyramine, dan dengan itu perlu dielakkan oleh mereka yang mengambil ubatan yang mengandungi "monoamine oxidase (MAO) inhibitor".

Kacang parang kaya dengan bahan tyramine, dan dengan itu perlu dielakkan oleh mereka yang mengambil ubatan yang mengandungi "monoamine oxidase (MAO) inhibitor".

Kacang parang yang mentah mengandungi bahan vicine, isouramil dan convicine, yang mampu menyebabkan "hemolytic anemia" pada pesakit dengan keadaan diwarisi yang dikenali sebagai "glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency" (G6PD). Keadaan yang mampu membawa maut ini dikenali sebagai "favism" sempena kacang parang ("fava bean").

Kacang parang kaya dengan L-dopa, bahan yang digunakan secara perubatan bagi rawatan penyakit Parkinson. L-dopa juga merupakan agen natriuretik, yang mungkin membantu mengawal hipertension.

Kawasan asal kacang parang berkait dengan kawasan demam malaria. Terdapat kajian epidemiologikal dan vitro yang mencadangkan bahawa hemolysis terjadi akibat favism bertindak sebagai perlindungan dari malaria, kerana sesetengah spesies protozoa malarial seperti Plasmodium falcipacrum amat sensitif kepada kerosakan oksida akibat kekurangan enzim glucose 6-phosphate dehydrogenase, yang jika tidak melindungi dari kerosakan pengoksidaan melalui penghasilan glutathione reductase.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Ahad, 28 Februari 2021

Banyak manfaat barli, antaranya:.

MAKAN BARLI PENGGANTI NASI
.
Nasi adalah makanan ruji orang Melayu di Malaysia. Ramai yang tidak nampu untuk meninggalkan nasi. 
.
Dalam ceramah kesihatan, saya mencadangkan bagi pesakit metabolik seperti pesakit diabetes, hiperkolestrolemia dan hipertensi, agar menukarkan nasi dari beras putih kepada beras perang atau beras rebus (parbolied). Ini kerana beras putih mempunyai nilai GI yang terlalu tinggi berbanding dengan beras yang saya sebutkan tadi.
.
Mengambil barli dalam makanan dikatakan amalan sunnah.(Maaf saya tidak jumpa hadis yang berkaitan). Namun apa yang terbukti, pengambilan barli sangat baik untuk kesihatan. Ia mampu mencegah dan merawat penyakit.
.
Sebagai contoh untuk sarapan, boleh campurkan barli yang direbus dengan buah kurma, kismis, buah teen dan madu. Untuk makan tengahari atau malam, boleh gantikan nasi dengan barli, dimakan bersama lauk kari ikan bersama sayur yang ditumis.
.
Banyak manfaat barli, antaranya:
.
1. Merawat kencing kotor
.
Kencing kotor merujuk kepada jangkitan pada saluran/pundi kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, ia membantu merawat masalah ini. 
.
Ini kerana air barli bersifat alkali. Ia juga bersifat diuretik, yang meningkatkan penghasilan air kencing. Ini membantu pesakit kencing lebih banyak, dengan secara tidak langsung mengeluarkan kuman bakteria dari pundi dan saluran air kencing.
.
Air barli juga bersifat anti-keradangan yang membantu masalah penyakit ginjal kerana ia dapat menurunkan tahap asid urik dan kreatinine. Bagi pesakit ginjal (yang belum menjalani hemodialisis), minum air barli tanpa gula, sangat membantu merawat masalah ini.
Barli juga kaya dengan magnesium, yang dapat mencegah penghasilan batu karang.
.
Minum 2-3 gelas air barli sehar sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.
.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
.
Barli kaya dengan serat, terutama beta-glucan. Ia memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan dari rasa cepat lapar. Ia juga baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma. Menggantikan nasi dengan barli dapat membantu menurunkan berat badan. 
.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
.
Menggantikan beras dengan barli dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat dalam darah, lalu mengurangkan risiko mendapat masalah sakit jantung. Ini kerana serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.
.
4. Menjadikan Jantung Lebih Sihat
.
Menggantikan beras dengan barli juga dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah, mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidaan yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah. Dengan ini ia membantu mencegah penyumbatan saluran arteri atau dikenali atherosclerosis.
.
Barli mempunyai sejumlah vitamin B (niacin) dan vitamin E yang dapat melambatkan proses keradangan dan pengoksidaan. Selain menghalang berlakunya atherosclerosis, barli juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi yang menjadi punca bagi masalah serangan sakit jantung dan stok.
.
5. Membantu Sistem Penghadaman
.
Mengambil barli menggantikan nasi juga membantu penghadaman makanan dan baik untuk kesihatan perut dan usus. Barli  bersifat alkali dan ini bagus untuk pesakit gastritis. Barli juga mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik. Air barli juga mempunyai elektrolit yang seimbang, bagus untuk mereka yang mengalami cirit-birit.
.
6. Mengawal Tahap Gula pada Diabetes
.
Mengambil barli menggantikan nasi juga bagus untuk pesakit diabetes. Dua faktor yang terdapat pada barli, iaitu kandungan fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang melambat penyerapan gula dari makanan. Oleh itu barli mempunyai nilai Index Glisemik yang rendah, iaitu 45 berbanding beras putih GI 75.
.
7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
.
Mengambil barli menggantikan nasi atau meminum air barli dapat menggalakkan perkumuhan dan mengeluarkan toksik dari badan. Ini menjadikan kulit yang lebih sihat dan cerah. 
.
Barli mengandungi bahan asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia dapat mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat. Barli juga bersifat antioksida yang dapat melawan radikal bebas. Ini  melambatkan proses penuaan. 
.
Ambil barli yang dikisar dan campurkan sedikit air untuk dijadikan mask muka. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan beberapa kali seminggu. Insya Allah kulit bertambah bersih, cantik dan tegang.
.
8. Menyejukkan Tubuh
.
Air barli sangat bagus untuk menghilangkan rasa panas badan. Hentikan pengambilan air berkarbonat, dan bertukar kepada air barli. Campurkan setitik stevia dan perahan limau. Sesuai diambil dalam keadaan suam ataupun sejuk. 
.
9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Hamil
.
Sama ada mengambil air barli atau menggantikan nasi putih dengan barli sangat bagus untuk ibu yang hamil. Selain membekalkan vitamin dan mineral, ia membantu mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan masalah diabetis semasa hamil.
.
Air barli dapat mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.
.
Para ibu yang menyusu anak meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.
.
10. Meningkatkan Kekuatan Sistem Imuniti Badan
.
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Mengambil barli menggantikan nasi atau mengambil air barli sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh kerana ia dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium. Barli juga mengandungi zat besi, bagus untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).
.
Semoga bermanfaat.
.
#HealthDrZubaidi

3 Rutin Sebelum Tidur Kita Kena Buat

3 Rutin Sebelum Tidur Kita Kena Buat

✅ Cium & peluk anak selama yang boleh. Anak yang tidur dalam keadaan rasa di sayangi akan meningkatkan kualiti tidur anak.

✅ Ajak anak buat Refleksi Diri. Dengan nada lembut bagitahu anak,

- 1 perkara dia buat yang kita tak suka
- 1 perkara dia buat yang kita suka
- 1 perkara yang dia patut buat esok hari

✅ Bercerita atau bedtime story setiap malam. Ikut kajian anak yang selalu mendengar bedtime story setiap hari belum tidur, bonding dengan mak ayah lebih kuat berbanding yang tidak.

Anak anak ni membesar tanpa kita sedari. Tahu tahu dah besar je.

Rutin ni la yang akan jadi ikatan kita dengan anak anak, jika konsisten sampai bila bila anak ingat memori ni. 

#

CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA

Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mi segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya.

Jadikan mi segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain boleh didapati.

Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mi segera itu.

CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI SEGERA

Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Ini adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH.

Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.

KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MI :

1. Rebus mi di dalam periuk air.

2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.

3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.

5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.

Mi segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat.
Jika pengambilan mi segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.

APA ITU MSG?

MSG ialah Mono Sodium Glutamate sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.

Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan.

Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.

1. Perasa
2. Pewarna
3. Penaik
4. Penstabil
5. Pemanis
6. Pengawet

Jadi berhati-hati ketika memilih makanan kita.

#HealthDrZubaidi

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...