Rabu, 10 Mac 2021

Kandungan herba semulajadi dalam kapsulnya digunakan secara tradisional untung resdung & alahan.

Bila bekerja jual barang yang perlu jumpa2 orang ni, segan jadinya. Silap-silap haribulan orang nak datang dekat pun takut.

Mana taknya jenis bersin-bersin kuat non-stop sebab resdung. Dengan hidung berairnya. Tak pasal orang ingat ingat kita bergejala covid pulak kan?

Sebab tu ramai sarankan kapsul herba Asmak Herbs untuk legakan masalah resdung ni. Yang jenis teruk, makan konsisten selama 2 minggu InshaAllah nampak perubahan.

Kandungan herba semulajadi dalam kapsulnya digunakan secara tradisional untung resdung & alahan. 

Mudah-mudahan kedai sentiasa meriah dan rezeki masuk lebih banyak. Seronoklah tengok muka pun ceria je melayan pelanggan yang datang nak membeli kan?

#AsmakHerbs

petua untuk si kecil manja ibu

Ada tak ibu-ibu yang risau ya amat bila anak kena sembelit? Anak-anak menangis bila cuba keluar kan najis sebab sangkut. Nak meneran sakit pulak, sampai naik merah muka meneran.

Sebagai ibu yang prihatin, bila jadi kes macam ni terus cari solusi apa penawar sembelit bagi memudahkan anak-anak membuang tanpa rasa sakit. Saya pun cuba ikhtiar dengan menggunakan Minyak Herba Asmak.

Sebelum ni memang selalu guna Minyak Herba Asmak ni bila ada ahli keluarga yang demam, batuk atau selesema. Dan sekarang ikhtiar nak sembuhkan sembelit dengan menggunakan minyak yang sama.

Yang saya perasan lepas sapu pada perut, anak dah senang nak membuang tak sembelit lagi dah. Alhamdulillah dengan izin Allah anak sihat dan saya pun tak perlu risau lagi sebab Minyak Herba Asmak kan ada.

Selasa, 9 Mac 2021

Silap besar!

Kau ingat kau boleh kaya dengan meminta-minta?
Kau ingat kau boleh senang dengan menerima?
Kau ingat kau boleh miskin bila kau menderma?
.

Silap besar!
.

Allah tak janjikan dengan menyimpan kau akan kaya. Dan lagi Allah tegaskan, apa-apa yang kau simpan untuk diri kau sendiri tanpa fikirkan orang lain, kau akan diazab.
.

Allah janji apa? Bila kau sedekah, Allah gandakan ganjaran. Ganjarannya besar. sehingga 700 kali ganda. Tak faham macam mana? Macam ni
.

SEDEKAH 
RM1 dibalas 10 = RM10
RM1 dibalas 700 = RM700.
.

Ganjarannya ni dalam pelbagai bentuk, material, perlindungan dari bala. Naungan arasy Allah. Kau tak bape clear pasal benda tak nampak. Kalau tulis dalam bentuk ganjaran Duit, senang hadam kan?
.

Dalam Islam, tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Tapi realiti hari ni, dah tambah satu lagi, "tangan meminta". Dah tu, memintanya bukan pada Allah. 

Parah gitu! 

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah,
Sedekahlah kalau kau nak kaya.
.

Kredit Faoziyah Ahmad Faru

#

Isnin, 8 Mac 2021

3 CARA ATASI BAYI KEMBUNG PERUT

3 CARA ATASI BAYI KEMBUNG PERUT

Alahaii asyik nangis je si kecil ni. Pampers dah tukar, susu pun dah bagi. Mungkin kembung perut agaknya. Nak kena urut ke untuk keluarkan angin? Cekidott ⬇⬇

1) Sendawakan bayi selepas menyusu
- Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi. Mama jangan p goncang goyang Inul pulak badan anak tu. 

2) Elakkan makanan berangin bagi ibu menyusu
- Mama perlu mengelakkan jenis makanan yang menyebabkan masalah kembung perut pada bayi, contoh kobis, brokoli dan kafein. 

3) Mengurut dengan minyak aromatherapy
- Guna minyak yang sesuai dan urutkan dengan lembut. Kehangatan urutan boleh memberi keselesaan pada bayi. Teknik urutan I LOVE U dapat mengeluarkan angin dengan segera.

Haa nak lagi senang, mudah dan cepat. Nahh sapu je Minyak Herba Asmak.. Kompem angin dalam perut tu lancar je keluar. Sebu takde kembung pun takde. Poo poo pun smooth je nanti.

Ahad, 7 Mac 2021

BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.

1. Bawang

Menyimpan bawang di dalam petisejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.

2. Kentang

Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar peti sejuk dalam keadaan kering.

3. Sos

Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.

4. Roti

Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam petisejuk.

5. Makanan dalam tin

Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

6. Makanan panas

Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.

7. Rempah ratus

Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan petisejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

8. Mentega

Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.

9. Madu

Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

10. Bahan bukan makanan

Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.

Rujukan : News Australia

#HealthDrZubaidi

MAKANAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS

MAKANAN UNTUK PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS

Makanan yang baik untuk pesakit rheumatoud arthritis (dan penyakit autoimmune yang lain) adalah makanan yang berasaskan anti-keradangan yang mengandungi banyak antioksida, vitamin, mineral dan phytonutrient.

Kebanyakannya adalah buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna.

Hentikan pengambilan daging merah. Banyakkan ambil ikan yang mengandungi Omega 3. 

Ambil suplemen vitamin E dan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksida dan antikeradangan. 

Minyak zaitun juga sangat bagus diamalkan dan merupakan sumber minyak tak tepu yang terbaik selain mengandungi antioksida hydroxytyrosol yang tinggi.

Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam satu sudu. Alhamdulillah saya rasa lebih bertenaga dan lebih sihat.

#HealthDrZubaidi

boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya

SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)
.
PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit. Penghidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, menghasilkan hirsutism dan rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.
.
PCOS melibatkan 5-10% wanita dalam usia reproduktif mereka.
.
Kebanyakan wanita PCOS juga akan mempunyai berat badan yang berlebihan (obes) dan boleh mengidapi diabetes, obstructive sleep apnea dan banyak lagi masalah jangka masa panjang. Oleh itu, mereka perlu menjalani saringan diabetes (kencing manis), tekanan darah dan kolesterol. PCOS juga boleh menyebabkan ketidaksuburan (infertility) disebabkan telur (ovum) yang tidak menetas keluar, akan tetapi ada ubat-ubatan kesuburan yang boleh membantu masalah ini. 
.
APAKAH ITU OVARI POLISISTIK?
.
Ia adalah satu keadaan dimana terdapat banyak sista kecil (follicles) tersusun di dalam ovari seseorang dan hanya dapat dilihat dengan bantuan imbasan ultrasound. Fenomena ini berlaku pada 20% wanita yang normal. Bukan semua wanita yang mempunyai ovari polisistik mengidap PCOS (hanya melibatkan 6-7%).
.
PENYEBAB
.
Punca PCOS masih belum diketahui. Wanita PCOS mempunyai tahap hormon-hormon pituitari luteinizing (LH) dan hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi yang boleh mengganggu fungsi normal ova (telur). Jika imbasan ultrasound dilakukan pada wanita PCOS, beberapa sista kecil (4-9 mm) dapat dilihat di dalam ovari. Sista kecil ini adalah folikel kecil (yang di dalamnya terkandung telur) yang tidak mampu berkembang kepada saiz yang akan mencetuskan ovulasi. Akibatnya, kadar estrogen, progesterone, LH, dan folikel merangsang hormon (FSH) menjadi tidak seimbang. Ini adalah antara penyebab phenomena PCOS.
.
Insulin adalah hormon yang mengawal tahap glukosa (sejenis gula) dalam darah. Wanita PCOS mungkin tidak bertindak balas terhadap insulin (dikenali sebagai rintangan insulin) dan ini boleh menyebabkan tahap glukosa menjadi tinggi di dalam darah. Untuk mengatasi masalah ini, badan akan menghasilkan lebih banyak insulin. Tahap insulin yang tinggi inilah boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
.
GEJALA (SIMPTOM)
.
Gejala PCOS mungkin berbeza-beza. (di antara ringan dengan lebih teruk). Simptom PCOS termasuklah : 
.
1. Kitaran haid: yang tidak teratur atau tidak  datang sama sekali,

2. Hirsutism: mempunyai banyak bulu di muka atau badan yang lebih dari biasa 

3. Kehilangan rambut di kepala

4. Obes

5. Jerawat atau kulit muka berminyak

6. Kemurungan atau berubah suasana hati (mood)
.
Diagnosa PCOS biasanya dibuat apabila wanita itu mempunyai mana-mana dua daripada tiga yang berikut :
.
1. Haid : tidak teratur/ jarang atau tidak ada period.

2. Hormone lelaki (androgen) tinggi: bulu badan dan di muka yang lebih daripada biasa.  Ujian darah yang menunjukkan kadar testosteron yang lebih tinggi dari wanita biasa. 

3. Imbasan ultrasound yang menunjukkan ovari polisistik
.
RAWATAN
.
Ia terpulang kepada simptom atau tanda dan berkisar kepada kehendak pesakit:
.
1. Pil perancang (OCP) – untuk memperbetulkan kitaran haid. Ia juga boleh menghindarkan kanser rahim atau hyperplasia selaput endometrium (see endometrial hyperplasia). OCP yang mempunyai anti-androgen (cyproterone acetate) boleh juga mengurangkan hirsutism dan jerawat.
.
2. Progestin –  sejenis hormon yang diberi selama 21 hari untuk 1 hingga 3 bulan. Ia boleh mangatur pusingan haid tapi tidak membantu dalam hirsutism atau jerawat. Progestin juga tidak menghindar keupayaan mengandung (ia bukan OCP). Akan tetapi, ia boleh mengurangkan risiko kanser rahim dan hyperplasia selaput endometrium.
.
3. Hirsutism – bulu yang berlebihan di badan). Ia boleh dirawat dengan bercukur, kaedah electrolysis atau rawatan laser. Sementara itu terdapat ubat-ubat anti-androgen seperti cyproterone acetate atau alderone, yang diambil untuk 4 hingga 6 bulan boleh membantu mengurangkan hirsutism.
.
4. Penurunan berat badan – kaedah yang paling efektif dalam mengawal insulin, mengatur semula kitaran haid kembali normal dan simptom-simptom PCOS lain. Dengan hanya mengurangkan 5-10% dari berat badan, sudah cukup untuk pusingan haid kembali normal.
.
5. Metformin (Glucophage) – ubat untuk meningkatkan efekasi insulin dalam badan. Boleh membantu ovulasi bagi sesetangah pengidap PCOS, lebih-lebih lagi yang ada obes dan mempunyai kencing manis (DM).
.
6. Ketidaksuburan

a. Pengurangan berat badan – dengan mengurangkan 5-10% dari berat badan, ia boleh meningkatkan tahap kesuburan wanita PCOS.

b. Clomiphene (anti-estrogen) – ubat yang diminum untuk meningkatkan ovulasi (penghasilan telur ovary). 

c. Ubat jarum FSH – bagi mereka yang gagal mengeluarkan telur (ovulasi) dengan bantuan Clomiphene.
.
KOMPLIKASI
.
Pengidap PCOS terdedah dengan komplikasi jangka masa panjang seperti:
.
1. Kencing manis (diabetes mellitus- DM) – 10-20% PCOS boleh mendapat DM pada usia lingkungan 40-an nanti, lebih-lebih lagi jika pesakit itu obes atau mempunyai sejarah keluarga DM.

2. Tekanan darah tinggi (hypertension) – disebabkan DM dan obes

3. Penyakit jantung koronari- disebabkan DM dan darah tinggi

4. Kanser – haid yang tidak teratur boleh mengakibatkan selaput endometrium menebal sehingga terhasilnya hyperplasia (see endometrial hyperplasia). Ini boleh mengakibatkan kanser rahim. Oleh itu mereka yang mempunyai masalah haid (haid datang kurang dari 4 kali dalam setahun) disarankan berjumpa doktor. Risiko kanser buah dada, pangkal rahim (serviks) dan ovari adalah sama seperti wanita yang tidak mempunyai PCOS.

5. Kemurungan: kurang jati diri kerana kegemukkan dan perasan tidak yakin.

6. Berdengkur dan mamai diwaktu pagi: oleh kerana Obstructive sleep apnea (see Obstructive sleep apnea)
.
BAGAIMANA HENDAK MENGURANGKAN KOMPLIKASI?
.
1. Amalkan tabiat mengambil makanan yang sihat dan seimbang.

2. Amalkan berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis dan puasa-puasa sunat lain.

3. Bersenam – istiqomah dalam melakukan senaman, paling kurang 3 kali seminggu.

4. Kurangkan berat badan, ia boleh menurunkan risiko kencing manis, koronari jantung dan semula kitaran haid dan mengurangkan risiko hyperplasia endometrium.

5. Saringan kesihatan lebih kerap dan berkala. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berumar 40an ke atas, dan berisiko kencing manis dan darah tinggi. Boleh dibuat setahun sekali.
.
Kesimpulannya, amalkan cara hidup sihat dan kekalkan berat badan yang ideal. Makanlah makanan seimbang dan berkhasiat serta halal. Dengan cara-cara hidup seperti inilah, PCOS dan komplikasinya dapat dibendung dan dikurangkan.
.
#HealthDrZubaidi

Lokasi: Kolej Komuniti Masjid Tanah 78300 Melaka. Konsultasi percuma.

Sapu je lega

 #MINYAK_HERBA_ASMAK_ sesuai_ untuk ⤵⤵⤵⤵⤵⤵ 👶 Bayi yang #batuk & #kahak berpanjangan 👶 Bayi #Premature yang mengalami #lung #disease (a...